Thursday, July 22, 2010

certain things!

ada beberapa perkara, kau lebih suka berdiam diri kerana kau bukannya paranoid dengan feedback yang akan diberi dari manusia sekeliling kau. tetapi kau sudah biasa dengan segala feedback yang berbunyi negatif dari mereka. emak didik aku dengan cara hormat-hati-manusia-keliling-kau-walaupun-hati-kau-banyak-terguris-dengan-kata-kata-mereka. sifat memaafkan. ia mahal. tapi bagaimana jika giliran kau untuk dihormati tidak pernah pun kau rasa? ia mustahil. ok.

ada beberapa perkara, kau selalu termenung tanpa sebab. kerana kau ada masalah dengan 'pemadam kehidupan'... ada seorang cikgu saya pernah pesan, "cuba dengar bunyi air terjun untuk tenangkan kepala"... aku tidak selalunya berjumpa dengan air terjun.. aku kerap berjumpa dengan radio.... maka, bunyi music mampu tenangkan kepala aku buat masa ini selain dari solat... aku mula sedar, tak semua kata cikgu itu boleh diguna pakai dalam menyelesaikan masalah 'pemadam kehidupan' aku sendiri.

ada beberapa perkara, kau bersikap dingin dengan manusia lain. kerana kau sudah mula berkecil hati dan mula simpan rasa tidak senang seorang diri. ia mudah. kerana penyimpanan itu tidak pernah memungkiri janji. apa yang disimpan selalunya akan buat kau selalu termenung dan lebih suka berdiam diri. nampak tak dua perkara di atas adalah punca daripada bersikap dingin. tidak kisah bagaimana keadaan sekalipun, kau selalu bertolak ansur dengan diri sendiri dan bukan dengan sesiapa pun.


ada beberapa perkara, kau akan rasa sangat rendah diri:

1- aku tidak pandai bermain gitar, jangan ajar aku sedikit pun.
2- aku tidak mampu untuk menyanyi. maka, orang lain lebih layak dari aku.
3- aku tidak kisah apa-apa pun. jangan bercakap dengan nada yang rendah pun dengan aku.
4- aku kerap menangis, jangan peduli aku kerana aku sangat jengkel.
5- aku tidak dewasa. aku kanak-kanak.
6- aku tidak pernah jujur kerana aku selalu dipanggil penipu.
7- aku tidak muda. aku tua.


ada beberapa perkara, kau tidak ambil peduli lagi dengan penjagaan... kerana kau sudah sampai di tahap kemampuan yang tidak lagi kuat... kekuatan mental manusia akan ada dua sahaja sifat semulajadi... samada ia sangat bagus atau sangat lemah... saya gembira apabila saya sangat lemah kerana saya akan usaha untuk menjadi sangat bagus dengan harapan 'semangat' akan sama membantu... tapi prinsip hidup aku selalu berbunyi, "jangan suka pada harapan kerana ia satu angan-angan hidup"... betul!

2 comments:

Anonymous said...

kau+braces= sangat 'hip'

a . i . n said...

terima kasih. ;)