Thursday, December 9, 2010

mahu kaki?

siang tadi ada teman baik aku mengadu kisah yang tak sedap pasal pelajaran beliau sambil berkata, "aku benci kalau ada perasaan macam ni". dalam hal begini, semua orang pun akan benci kalau ada perasaan yang seperti aku-berasa-tidak-sedap-hati-gila-babi-ok.

kadang-kadang tumblr ni pun bodoh jugak.

kelmarin aku tangkap gambar dan masih tidak edit sebab kerja sekolah banyak macam bangang. aku masih tak faham bagaimana orang-orang yang tangkap gambar kemudian proceed to editing dengan jangka masa yang singkat. tak perlu makan masa yang banyak macam aku. oh ok, mereka pakai Macbook dan aku Pentium4 sahaja. oh ok sekarang aku dah faham.

teman rapat perempuan adalah emosi dan tempan rapat lelaki adalah perempuan. sebab itu bagaimana emosi pun seorang perempuan, lelaki akan cool untuk masih mahu menjaga istilah teman rapat berkenaan.

bau yang lazat untuk setiap pagi aku sekarang ini hanya roti gardenia enam puluh sen. itu sahaja kesempatan bersarapan.

aku rasa macam nak jual gitar kapok aku. tak tahu kenapa.

dah lama tak pergi bundle beli barang. kalau boleh dalam bulan ni aku target mesti pergi cari seluar jugak kat bundle. lepas gian pada hujung tahun dua ribu sepuluh.


2 comments:

Marina Ina said...

tahu tak aku rindu kau.. :( aku byk benda nak cerita kat kau.. aku sedih.. aku paling bercaya kau dlm dunia ni ain... hmmm i need u!

a . i . n said...

haishh... saje bg aku rindu kau juga kan.. ye yang.. lama tak jumpa dan aku rindu dimple kau.. hahaha..