Wednesday, February 2, 2011

berlagak dan fakta

aku rajin mengarang. itu memang pujian untuk menampakkan diri sendiri macam bagus. berkaliber. boleh bawa ke tengah dan ke tepi dalam mengarang. ok jadi apa masalah aku andai aku susah sangat nak siapkan rumusan untuk dua belas journal. aku tak ada masalah yang besar pun sebenarnya. hanya aku tak berapa suka nak mengarang satu rumusan berdasarkan karangan orang lain. aku jenis berlagak sebab tak nak guna idea mereka untuk aku mengarang. aku suka ikut suka aku nak tulis apa pun. aku tak suka pada fakta. sebab itu aku tak pernah suka subjek sejarah masa sekolah menengah dulu-dulu.

maka, sebab itu juga fakta adalah bukan perkara main-main. sekali kau salah fakta, akan bagi efek yang besar kat banyak pihak. dan untuk kerja rumusan aku yang masih dalam progress ni siapa yang akan dapat efek besar andai aku pesongkan fakta-fakta yang terdapat dalam journal? mesti lah cikgu aku. dan aku tak berapa nak yakin yang dia akan baca setiap dua belas journal tu untuk pastikan aku membuat rumusan dengan betul tanpa terdapat sedikit pun kepesongan fakta. dengan berbekalkan keyakinan aku yang tak berapa nak ada terhadap cikgu aku, aku masih tak tahu kenapa aku sangat jujur membuat semua rumusan dengan fakta-fakta yang baik. aku tak tahu mana pergi konsep aku yang asalnya aku dulu tak pernah suka terhadap fakta. senangnya manusia mengubah prinsip hidup masing-masing dalam keadaan tak sedar.

aku tak tahu kenapa ada juga perempuan jenis berlagak terhadap aku iaitu terhadap manusia dan bukannya terhadap fakta. mungkin mereka rasa mereka cukup kaya berbanding aku. speaking speakang sana sini untuk menampakkan kemodenan hidup berbanding aku. mungkin tak cukup class bergaul dengan aku yang tidak kaya tidak menggunakan bahasa inggeris dua puluh empat jam setiap hari. tidak kisah bagaimana sekalipun, kau masih ponggong melayu. jangan rasa diri terlalu di atas setiap masa.

No comments: