Wednesday, February 16, 2011

cuba jadi real

Kadang-kadang ada sampai tahap, tuhan bagi kau perasaan rindu. Sekarang ni aku rindu dengan pelbagai aspek dalam hidup aku. Sebab utama kau rindu pasal kau memang suka perkara yang kau rindu tu. Aku dah mula rindu pada gambajer. Aku rindu pada suasana yang tidak sesak dan tidak sibuk. Sebab sekarang ni aku sangat kekurangan masa pada perkara main-main. Urusan hidup aku lebih ke arah serius. Abah kata aku dah semakin dewasa untuk dibawa berbincang. Tapi ada juga sesetengah perkara, aku tak cukup dewasa untuk handle beberapa aspek yang sangat bodoh dalam hidup aku. Contohnya, kau hilang wallet yang berisikan lima ratus ringgit di saat-saat kau memang hidup dengan berjimat-cermat. Perkara yang tertangguh bukan perkara yang boleh kau praktikkan dalam hidup kau. Aku belajar erti menguruskan masa dengan tepat agar istilah terlewat takkan buat aku rasa bangang. Juga bagus andai kau semakin tidak lewat ke sekolah. Tahniah!

Life entertainment comes from own direction. I believe that blast would be gained whenever I know how further I've entertained myself within some limitations.

No comments: