Tuesday, February 22, 2011

setiap

Aku susah nak assume hari semalam lagi seronok dari hari ini. Ok salah statement ni. Aku memang susah nak assume satu keseronokan pada hari berikutnya berbanding semalam. Dan aku banyak urusan yang tergolong dalam kemestian aku. Sampai satu masa, kau mesti buat ini, kau mesti buat itu. Sampai satu masa, kau mesti menjadi manusia sebab kau dah janji dengan tuhan yang kau akan jadi manusia yang baik dari segi fizikal dan mental. Pernah tak kadangkala kau susah nak kawal mental kau sebab urusan kemestian kau macam tak reti nak berhenti. Sebenarnya urusan hidup itu lah cabaran menjadi manusia. Kau dah janji nak jadi manusia sejak dalam perut mak, kenapa sekarang kau mengeluh sana sini untuk menguruskan kemestian kau. Kenapa sekarang ni kau tak pandai fikir baik buruk dalam setiap kata-kata yang sangat bisa untuk si pendengar. Mungkin istilah silap itu harus datang sekali sahaja dan bukan diulangi sehingga menjadi kegemaran untuk membuat silap.

Apa perasaan andai aku-mahu-peluk-imjan-dengan-perasaan-rindu-tidak-terhingga!

No comments: