Thursday, March 31, 2011

manusia manusia

apabila blog kau senyap dan semua tempat kau senyap, maka kau sebenarnya bukan berubah menjadi orang yang senyap. kau selalu nak rasa life yang real. tapi kau susah nak diterima oleh banyak pihak. konsep penerimaan tu memang susah nak berubah untuk ke arah yang lebih positif. aku tak tahu mana arah setiap pencarian di dalam hidup melainkan untuk akhirat. baik, ini satu perkara positif. aku memang rasa ia berubah dengan perlahan-lahan.

dalam satu bulan sahaja, pelbagai episod yang aku lihat. tahu tak mengapa manusia suka pada episod. andai tiada episod, penceritaan hidup kau akan bosan dan tak sampai tahap klimaks untuk berfikir menggunakan akal. aku tak tahu kenapa manusia tak boleh hidup tanpa rakan-rakan. setiap rakan akan hasilkan konflik. itu memang lumrah. kerana itu bersederhana dalam setiap perkara. jangan terlalu lebih. ia boleh hasilkan konflik. aku memang susah nak ada rakan yang terlalu rapat dalam satu kumpulan yang besar kerana aku takut dengan konflik. aku mempunyai ramai istilah rakan tapi untuk menjadi yang terlalu rapat hanya beberapa orang sahaja. mudah aku nak handle. kan?

perasaan hormat aku terhadap seseorang semakin hilang. aku tak tahu kenapa tapi aku cuba untuk tidak benci. setiap doa aku akan harap kau kesal dan kembali.

dalam tempoh satu bulan juga, aku mampu control banyak perkara. aku harap ia akan kekal dengan misi yang baik. ada beberapa lagu yang dibuat. antara mereka memang cukup merapu. pernah tak kau selalu boleh hidup tanpa bayang-bayang dunia. maksudnya kau selalu boleh handle sendiri tanpa harap pertolongan. dalam sesetengah perkara, tuhan uji kau dengan kesabaran. dan Dia tahu tahap kebolehan kau untuk diuji.

setiap hari rindukan emping jagung!



2 comments:

rozanna said...

dalam sebulan anda dah jarang2 menghidupkan api.itu perkara terbaik untuk saya.dan saya happy!

a . i . n said...

hehe.. terima kasih happy utk saya.. ngeee.. mari peluk peluk!