Tuesday, October 4, 2011

sesekali

pernah rasa geli terhadap penulisan sendiri? pernah. kerapkali. kadang-kadang bila saya jarang ke sini, kemudian bila sekali je ke sini, mesti terbaca balik beberapa penulisan saya sendiri secara tidak langsung. sumpah macam gampang. tapi untuk nampak macam cool, saya akan pura-pura macam matang. saya akan bangga dengan setiap post yang saya sampaikan. walaupun sembilan puluh lima peratus dari kefahaman hanya di tangan saya. yang tinggal cuma lima peratus untuk awak-awak yang membaca. saya rasa cukup selesa. bila tengok ada sorang dua orang baru follow blog saya ni, saya tak tahu kenapa awak-awak follow saya. padahal penulisan saya semua macam bodoh. susah nak faham. saya sahaja yang faham. (eh tak, rozanna pun faham. saya tak tahu kenapa dia senang faham maksud-maksud tersirat saya). setiap post saya tiada ruang untuk komen. memang awak-awak sekadar membaca. tak boleh bertanya apa-apa. mungkin ini bukan ruang untuk bertanya. mungkin ini ruang bacaan. mungkin saya bukan concierge seperti di pasaraya. cuba wujudkan kemungkinan. mudah!

pernah tak lupa berapa banyak blog yang kau pernah ada? pernah. selalu. sampai sekarang. kadangkala bila aku dapat trace balik blog bodoh-bodoh yang dulu-dulu aku pernah tulis, memang aku mampu untuk menangis. kagum dengan kebolehan diri untuk membuat penulisan yang sangat macam gampang. saya tiada pengaruh yang kuat dalam penulisan mahupun apa sahaja yang saya lakukan kerana saya bukan ratu cantik. saya hanya perempuan biasa-biasa. pakai selipar jepun kaler hijau je pergi bukit bintang. tak buat muka gadis korea pun kalau tangkap gambar. yang saya ada hanya empingjagung di dalam beg saya yang berharga dua puluh lima ringgit. nampak!

No comments: