Thursday, March 31, 2011

manusia manusia

apabila blog kau senyap dan semua tempat kau senyap, maka kau sebenarnya bukan berubah menjadi orang yang senyap. kau selalu nak rasa life yang real. tapi kau susah nak diterima oleh banyak pihak. konsep penerimaan tu memang susah nak berubah untuk ke arah yang lebih positif. aku tak tahu mana arah setiap pencarian di dalam hidup melainkan untuk akhirat. baik, ini satu perkara positif. aku memang rasa ia berubah dengan perlahan-lahan.

dalam satu bulan sahaja, pelbagai episod yang aku lihat. tahu tak mengapa manusia suka pada episod. andai tiada episod, penceritaan hidup kau akan bosan dan tak sampai tahap klimaks untuk berfikir menggunakan akal. aku tak tahu kenapa manusia tak boleh hidup tanpa rakan-rakan. setiap rakan akan hasilkan konflik. itu memang lumrah. kerana itu bersederhana dalam setiap perkara. jangan terlalu lebih. ia boleh hasilkan konflik. aku memang susah nak ada rakan yang terlalu rapat dalam satu kumpulan yang besar kerana aku takut dengan konflik. aku mempunyai ramai istilah rakan tapi untuk menjadi yang terlalu rapat hanya beberapa orang sahaja. mudah aku nak handle. kan?

perasaan hormat aku terhadap seseorang semakin hilang. aku tak tahu kenapa tapi aku cuba untuk tidak benci. setiap doa aku akan harap kau kesal dan kembali.

dalam tempoh satu bulan juga, aku mampu control banyak perkara. aku harap ia akan kekal dengan misi yang baik. ada beberapa lagu yang dibuat. antara mereka memang cukup merapu. pernah tak kau selalu boleh hidup tanpa bayang-bayang dunia. maksudnya kau selalu boleh handle sendiri tanpa harap pertolongan. dalam sesetengah perkara, tuhan uji kau dengan kesabaran. dan Dia tahu tahap kebolehan kau untuk diuji.

setiap hari rindukan emping jagung!



Thursday, March 3, 2011

buat tak reti

time paling buat aku kuat berangan adalah ketika memandu. aku selalu perasan macam-macam. apa jadi tiba-tiba abah follow kereta aku pergi sekolah dan tengok aku drive macam hantu ke tak. apa jadi kalau tiba-tiba Johnny Depp tahan kereta aku tepi jalan pastu belanja aku makan TGI kat the curve. gila seronok. pastu aku gelak sorang-sorang macam bangang. time memandu juga aku akan plan macam-macam untuk hidup aku. aku nak beli benda itu dan ini bila dapat je duit nanti. aku nak tanggal braces juga nanti hujung tahun ni. time memandu gak aku akan perasan aku manusia serba boleh. aku suka motivasikan diri dengan perasan. aku mula realize yang aku komited pada tugasan. aku hanya lemah dalam soal perasaan. jadi tak kisah apa pun jadi, tugasan aku mesti diakhiri dengan hasil yang cukup membanggakan. aku hanya harap aku akan jumpa juga Johnny Depp esok hari di tepi jalan sebab aku dah lama sangat tak makan TGI.. Lengkap!

Wednesday, March 2, 2011

standing still

with twenty five bucks in your pocket, where would be the good place to go? i've answered this using my very small talk to the encik V. i always use my favorite parties to talk with whenever i am sick of penny matter. last night when i watched one drama, i had no idea to remember abah. i miss him badly.

hari ini sahaja, sentiasa ada orang yang sama buat aku naik angin. kenapa tak boleh nak handle masa sendiri sedangkan aku juga terkejar-kejar mengenai masa kerana urusan hidup aku sendiri. tapi aku cuba handle agar tak ganggu persediaan peperiksaan aku. kau memang suka buat aku hilang sabar.

i hope someday emak could be able to personally speak to me and said, "i want to see you smile without some hidden complaints in your heart". but still, she is a good mother instead.

life might be terrible if i started to talk to my kapok in my every night!



Tuesday, March 1, 2011

haishhh...

memang aku marah lah kan kalau aku dah sediakan rangka kerja pun, semua benda pun masih nak harap aku gak yang siapkan kerja. serious bodoh. baik jangan belajar degree. baik kau belajar sampai darjah enam je. tak tahu kenapa tapi memang aku sangat emosi sekarang ni. keliling manusia buat bangsat. harap dapat enam juta secepat mungkin. cukup!