Wednesday, October 19, 2011

rasa rugi

apabila aku menyampaikan entri dengan menggunakan feeling yang lebih-lebih. boleh? hahaha.. sebenarnya aku tak pandai buat lagu menggunakan lirik bahasa melayu. sangat susah. tapi hari ini aku berjaya. lagu yang bunyinya memang macam bodoh. lirik pun ikut suka hati sendiri. langsung tidak pandang kanan atau kiri. andai tidak dapat dengar, sila klik sini. atau right click link tu kemudian save as. wah siap boleh download pelbagai. haha.. .




Rasa rugi

Bila masa rasa bukan perkara biasa
Tak jelas tapi tetap diminta
Bila masa ini bukan landasan hidupmu
Sedangkan kau boleh lepak duduk minum macam bodoh
Satu ilusi bermula dengan rasa dan akhirnya jadi terasa gila
Bukan benar tapi sebagai medan untuk kau letak rasa itu di bawah meja
Oh bangang nya!

Bila pula ada konsistensi dalam rasa
Bukankah hanya kelam entah apa-apa
Bila pula ada konsep baru dalam hidup
Padahal kau memang dah sedar sikap itu yang rosakkan segalanya
Manusia mudah rasa tiada apa dan mula iri gila pada yang dapatnya
Bukan usaha yang dirancangnya tapi sekadar melihat tanpa buat apa
Oh ruginya!


Tuesday, October 11, 2011

penamparan







tolong tampar saya lima kali. saya hilang fokus sedangkan cabaran menanti saya selang tujuh hari dari sekarang. itu sahaja!





Tuesday, October 4, 2011

sesekali

pernah rasa geli terhadap penulisan sendiri? pernah. kerapkali. kadang-kadang bila saya jarang ke sini, kemudian bila sekali je ke sini, mesti terbaca balik beberapa penulisan saya sendiri secara tidak langsung. sumpah macam gampang. tapi untuk nampak macam cool, saya akan pura-pura macam matang. saya akan bangga dengan setiap post yang saya sampaikan. walaupun sembilan puluh lima peratus dari kefahaman hanya di tangan saya. yang tinggal cuma lima peratus untuk awak-awak yang membaca. saya rasa cukup selesa. bila tengok ada sorang dua orang baru follow blog saya ni, saya tak tahu kenapa awak-awak follow saya. padahal penulisan saya semua macam bodoh. susah nak faham. saya sahaja yang faham. (eh tak, rozanna pun faham. saya tak tahu kenapa dia senang faham maksud-maksud tersirat saya). setiap post saya tiada ruang untuk komen. memang awak-awak sekadar membaca. tak boleh bertanya apa-apa. mungkin ini bukan ruang untuk bertanya. mungkin ini ruang bacaan. mungkin saya bukan concierge seperti di pasaraya. cuba wujudkan kemungkinan. mudah!

pernah tak lupa berapa banyak blog yang kau pernah ada? pernah. selalu. sampai sekarang. kadangkala bila aku dapat trace balik blog bodoh-bodoh yang dulu-dulu aku pernah tulis, memang aku mampu untuk menangis. kagum dengan kebolehan diri untuk membuat penulisan yang sangat macam gampang. saya tiada pengaruh yang kuat dalam penulisan mahupun apa sahaja yang saya lakukan kerana saya bukan ratu cantik. saya hanya perempuan biasa-biasa. pakai selipar jepun kaler hijau je pergi bukit bintang. tak buat muka gadis korea pun kalau tangkap gambar. yang saya ada hanya empingjagung di dalam beg saya yang berharga dua puluh lima ringgit. nampak!