Friday, January 6, 2012

setidak-tidaknya

ini entri pertama di tahun dua ribu dua belas. masa adalah perkara paling susah nak dijaga. saya kurang pasti bagaimana ada pekerjaan yang dipanggil 'penjaga masa'. mungkin ini kes yang berlainan. tapi saya tetap kurang yakin dengan pekerjaan berkenaan sedangkan masa bukan perkara yang boleh dijaga dengan sebelah mata. tidak kisah, apa pun saya telah hasilkan lagu 'harga masa' untuk adik tak kandung saya. heh!


simpati bukan perkara mainan. andai saya mula rasa simpati, bermakna saya dalam situasi yang serius. dalam keadaan di mana saya sedang memegang satu perasaan yang bersifat tidak ambil peduli apa sahaja berlaku di sekeliling kaki. saya bukan pembuat resepi kelainan tetapi mungkin saya tidak selalunya menggunakan resepi yang sama. saya suka pada perbezaan untuk semua deria rasa yang digunakan. fikiran saya bukan medan kebosanan. itu pasti!


rata-rata penulisan ramai yang salahkan pada tempoh tahunan bagi tahun dua ribu sebelas. saya kurang pasti. tapi ini yang saya terlihat. saya tiada masa untuk baca simpanan peribadi manusia lain kerana rutin saya dalam saiz yang besar. diringkaskan, saya tiada masa nak baca blog orang lain. kalau saya terlihat, maka ia memang insiden 'ter'. tidak disengajakan. tidak terniat untuk melihat. sekadarbagitahu!


rancangan yang berhasil adalah kerana elemen komunikasi telah diletakkan dalam perancangan berkenaan. rancangan hidup di tangan tuhan. tanggungan hidup di tangan manusia yang bernafas. mengapa tidak letakkan elemen komunikasi kepada tuhan sedangkan kau mahu sesuatu yang berhasil di setiap rancangan hidup yang telah direncanakan. fikirlah!


No comments: