Monday, May 21, 2012

lelap sekejap jangan terlalu lama

selalunya saya letakkan pelajaran sebagai sasaran utama. saya tidak perlu desakan. saya boleh terajui segala bentuk proses pembelajaran dengan sukarela. tidak terpaksa. cuma setiap jalan untuk sejumlah pelajaran saya memang berbeza. tidak sama dengan alam sekitar. mungkin sedikit hambar. tapi saya sabar. bekal rasa sedar. tak mengapa!

peristiwa terjadi kerana sebab dan alasan. bukan sengaja. bukan tidak perlu tinggal kesan. namun mentaliti manusia tetap dalam frasa pra-matang. kurang bertolak-ansur dengan fikiran. mudah bergendang. tidak ambil kisah pada bayangan. tinggalkan semua sebab tanpa sebarang alasan. mungkin kita kejam pada diri. mungkin kita tidak sedar apa jenis kesan yang menanti. nampak!

budi bicara selalunya senjata utama. harap sahaja perkara nice di akhir cerita.

No comments: