Thursday, March 22, 2012

berhampiran

apa sindrom pada perbualan? kuasa untuk menyusun suara tanpa fikirkan bilakah untuk membuat pemberhentian seketika demi satu saat bagi tempoh pernafasan. ini sindrom yang aku sendiri akui dan lalui. aku kerap bercakap tanpa henti. aku suka pada perbualan yang membawa kepada sindrom seperti yang aku cuba jelaskan di sini. aku jarang untuk merancang perbualan. susunan suara selalunya terjadi dengan sendiri. ini kelebihan aku untuk membuat pendengar akan tersenyum sekurang-kurangnya walaupun pada permulaan mereka tiada tunjuk minat pun terhadap perbualan yang aku cuba bualkan. emak pernah kata sifat bercakap aku seperti abah. kurang pasti. semulajadi!

andai aku diberi kesempatan, benda paling mahu dicapai adalah perkahwinan. andai tiada kesempatan, benda paling mahu disempatkan adalah sejumlah pelajaran. andai disediakan kelapangan, benda paling mahu dilakukan adalah mencipta lampu. andai tiada sedikit kelapangan, benda paling aku mahu lapangkan adalah dada yang sempit dengan pelbagai rasa dan kepala yang sendat dengan masalah dunia. nampak tak betapa perkataan andai itu begitu berharga. letak sahaja di setiap keinginan, semua perkara boleh dipegang sekelip mata. aku rasa sesiapa yang mencipta perkataan 'andai' memang jenis bercita-cita tinggi dan berwawasan. tak pasti. mungkin. bolehjadi!



apa kegemaran semasa?
penduduk Kemensah.




Saturday, March 10, 2012

akal di bawah meja

saya telah melaksanakan konsep biasa. bersama lah kita berjinak pada konsep biasa. tidak beria. tidak ambil peduli sangat apa yang luar biasa di luar sana. kebiasaannya saya pencipta segala konsep tidak biasa. tapi secara perlahan-lahan saya hampiri perkara biasa kerana mahukan konsep yang memang biasa sahaja agar dapat terbiasa secara semula jadi tanpa beria-ia. okay, dalam ayat sebegini rupa, saya taruhkan kebiasaan itu agar menjadi empat belas jenis maksud tersendiri. hanya saya sebagai komponen yang mampu untuk memahami dan terus memahami. boleh!

Monday, March 5, 2012

ulasan dan utusan

ketiadaan pergerakan pantas dalam proses penulisan sejak kebelakangan ini. tiada masalah yang serius sebenarnya. tapi saya rasa hidup saya tiada catatan berunsur ghairah lagi seperti dahulu. maka, ia perkara paling rugi dalam hidup sebetulnya. i don't reveal too much but it's enough to be such an entertainment in next five years from now. saying that as a part of thing to be entertained with. saya tiada kekeliruan dalam segenap perasaan yang dianugerahkan oleh tuhan. saya hanya minta jangan ada perasaan keliru atau ragu-ragu. memadai buat saat ini!

there's a system that has been used in order to consolidate any of reactions towards fate. sometimes it's nice. or in other way, it's just great. yes, great. again, great. we actually did the initial learning from starting point of first walking. yet the vision still unclear and very unclean to potray the actual fine path which is subsequently make us keenly feel stupid devastation on thinking. that's a thing that such a big risk to deal with. but life is a gift. having gifted life is none of comparison. maka mengapa masih pada tahap perbandingan sedangkan kehidupan dari tuhan tiada tolok bandingan. penegasan!

saya tidak harap apa tapi sekadar untuk memiliki encikOsman dalam ruang jiwa saya sekurang-kurangnya.