saya sudah tidak pandai mengarang di sini. ya, sekatan masa. saya terlalu kesibukan sampaikan nisbah fikiran untuk perkara serius lebih banyak berbanding perkara sia-sia. nampak kematangan semakin menguasai saya? mungkin!
manusia hidup bersandarkan konsep berdikari dan ganjaran. setiap perlaksanaan harian harus berdikari dan membawa beberapa ganjaran. seperti sembahyang dan mengingati tuhan. selagi tidak berdikari menunaikan solat dan segala kewajipan, kau tidak akan kecapi ganjaran. mengapa harus berdikari? kerana mahukan ganjaran.
bekerja dari pagi hingga malam demi ganjaran. mendapat gaji. menimba ilmu. menambah pengalaman bekerja. berdikari mencari rezeki demi beberapa ganjaran yang mahu dikecapi. tidak mengharap sumber lain untuk memberi gaji dengan percuma atau memberi pengalaman bekerja tanpa usaha. mengapa semua harus dilaksanakan dengan sendiri? kerana mahukan ganjaran.
apa sahaja tugasan dan perkara yang dilakukan pasti akan wujud konsep berdikari dan ganjaran. aku harus belajar dengan bagus untuk mendapat anugerah dekan. aku harus masuk pertandingan lumba kereta untuk mendapat hadiah empat juta. aku perlu kawal pemakanan untuk memiliki perut yang cantik. jika bukan diri sendiri yang berdikari melaksanakan semua tugasan dan perkara, mungkin ganjaran itu tidak akan terhasil. nampak!
andai mahukan sebuah perubahan, cuba tambah konsep berdikari dalam diri. selagi aku tidak bertindak sendiri, tiada perubahan akan terjadi. senang!
sebetulnya, saya adalah perahsia yang baik. saya tidak mudah berkongsi. saya kerap mengkaji rahsia dengan teliti. saya bukan pencanang kisah peribadi yang baik. maka, saya mudah marahkan sekeliling yang suka berkongsi. suka mencanang sana sini. suka pamerkan keperibadian bagaikan harga diri sebungkus maggie. saya rasa ini tidak releven. ada beberapa ketika, mungkin ramai membenci saya. saya tidak ambil peduli. tidak kisah bagaimana sekalipun, simpanlah beberapa cerita dari tontonan dunia. bukan rugi apa.
kelebihan Kemensah bukan sekadar nama.
bajusemalam
Friday, October 19, 2012
Sunday, July 1, 2012
lama sudah ditulis tapi hari ini baru post
saya sedar lebih satu bulan saya lupakan blog ini. saya lebih fokus pada blog yang lain. saya rasa saya kesuntukan masa. itu sahaja alasan yang sedia ada.if you are one of stalker on my bukanbukan or even lepaspandang, congratulation! nothing. but you are only about to waste your time on my crappy updates. doesn't matter, if you sincerely view them both and intentionally read them as "i do love Ain's world because she's kind of rare, or hot, or maybe she's my friend and i have a right to see her life". apabila alasan untuk melihat dua buah blog yang disebutkan ini dijelaskan dengan terperinci, mungkin saya tidak ambil kisah. saya rela dengan hati yang terbuka. mungkin! i've talked to my mom about how patience is just a good belief to be put on life fate. i've tried to not to mislead the meanings. i've listed all the examples as same as what i've been through in my very own life. tuhan hanya beri nikmat dan dugaan berdasarkan pada kelayakan dan kemampuan seseorang untuk menerima. honestly, i'm quite good in persuading myself on every difficulty that lean against on my shoulder. i could hold them all without a piece of regret. saya bersyukur pada kekuatan yang tuhan berikan pada saya. saya memang jenis cekal. jagung often said, "you have a good passion in everything you do". kalaupun saya dalam frasa hidup yang sukar, saya tetap sabar dan hadapi life dengan hensemnya.
Monday, June 18, 2012
betul ini post yang sangat lama saya simpan
jika saya diberi soalan yang sama sebanyak empat belas kali sekalipun tidak mengapa andai soalan berkenaan berkonsepkan kepercayaan saya pada tuhan. saya akan yakin untuk menjawab, bersungguh untuk berfikir, juga bertanggungjawab pada setiap perkataan yang cuba saya jelaskan.
tahu apa peranan manusia? untuk sentiasa memelihara dan menjaga kewibawaan diri pada sebarang keadaan di dunia.
tahu apa peranan manusia? untuk sentiasa memelihara dan menjaga kewibawaan diri pada sebarang keadaan di dunia.
Monday, May 21, 2012
lelap sekejap jangan terlalu lama
selalunya saya letakkan pelajaran sebagai sasaran utama. saya tidak perlu desakan. saya boleh terajui segala bentuk proses pembelajaran dengan sukarela. tidak terpaksa. cuma setiap jalan untuk sejumlah pelajaran saya memang berbeza. tidak sama dengan alam sekitar. mungkin sedikit hambar. tapi saya sabar. bekal rasa sedar. tak mengapa!
peristiwa terjadi kerana sebab dan alasan. bukan sengaja. bukan tidak perlu tinggal kesan. namun mentaliti manusia tetap dalam frasa pra-matang. kurang bertolak-ansur dengan fikiran. mudah bergendang. tidak ambil kisah pada bayangan. tinggalkan semua sebab tanpa sebarang alasan. mungkin kita kejam pada diri. mungkin kita tidak sedar apa jenis kesan yang menanti. nampak!
budi bicara selalunya senjata utama. harap sahaja perkara nice di akhir cerita.

Monday, April 23, 2012
menyusun susunan
saya mungkin keliru pada keadaan atau mungkin keadaan yang keliru telah bermain kasar dengan saya sejak kebelakangan ini. kurang yakin dengan kenyataan sebegini sebenarnya. tapi saya hanya panjatkan kebaikan dalam setiap kekeliruan yang hadir. andai mereka tidak hadir sekalipun, saya masih percaya pada beberapa kebaikan.
manusia tidak akan hampir pada kekesalan selagi mereka masih di tahap stabil di mana tiada kecelaruan fikiran, tiada kekeliruan perasaan, tiada kegagalan setiap perbuatan, tiada keresahan pada deria rasa yang disediakan. maka, manusia akan menjadi selesa. mungkin terlebih selesa. saya rasa kewujudan sesuatu ujian adalah memang bersifat realistik. susunan ujian dari tuhan tidak sama susunan jawapan ujian di dewan peperiksaan sekolah. hayati!
saya rasa sudah lapan belas tahun tidak layari internet menggunakan sebuah komputer riba. perkara ini kedengaran biasa. atau luar biasa. tak pasti. mungkin saya terlalu mendengar berita yang biasa sahaja sejak akhir-akhir ini. mungkin. apa komponen terbaik untuk memungkinkan sesuatu kemungkinan sebenarnya? yakin. serius tidak bermain!
pengiraan mungkin tidak terlalu tepat namun huruf E yang dipilih sentiasa kuat. sekadarmenegas!

Thursday, March 22, 2012
berhampiran
apa sindrom pada perbualan? kuasa untuk menyusun suara tanpa fikirkan bilakah untuk membuat pemberhentian seketika demi satu saat bagi tempoh pernafasan. ini sindrom yang aku sendiri akui dan lalui. aku kerap bercakap tanpa henti. aku suka pada perbualan yang membawa kepada sindrom seperti yang aku cuba jelaskan di sini. aku jarang untuk merancang perbualan. susunan suara selalunya terjadi dengan sendiri. ini kelebihan aku untuk membuat pendengar akan tersenyum sekurang-kurangnya walaupun pada permulaan mereka tiada tunjuk minat pun terhadap perbualan yang aku cuba bualkan. emak pernah kata sifat bercakap aku seperti abah. kurang pasti. semulajadi!
andai aku diberi kesempatan, benda paling mahu dicapai adalah perkahwinan. andai tiada kesempatan, benda paling mahu disempatkan adalah sejumlah pelajaran. andai disediakan kelapangan, benda paling mahu dilakukan adalah mencipta lampu. andai tiada sedikit kelapangan, benda paling aku mahu lapangkan adalah dada yang sempit dengan pelbagai rasa dan kepala yang sendat dengan masalah dunia. nampak tak betapa perkataan andai itu begitu berharga. letak sahaja di setiap keinginan, semua perkara boleh dipegang sekelip mata. aku rasa sesiapa yang mencipta perkataan 'andai' memang jenis bercita-cita tinggi dan berwawasan. tak pasti. mungkin. bolehjadi!
apa kegemaran semasa?
penduduk Kemensah.

Saturday, March 10, 2012
akal di bawah meja
saya telah melaksanakan konsep biasa. bersama lah kita berjinak pada konsep biasa. tidak beria. tidak ambil peduli sangat apa yang luar biasa di luar sana. kebiasaannya saya pencipta segala konsep tidak biasa. tapi secara perlahan-lahan saya hampiri perkara biasa kerana mahukan konsep yang memang biasa sahaja agar dapat terbiasa secara semula jadi tanpa beria-ia. okay, dalam ayat sebegini rupa, saya taruhkan kebiasaan itu agar menjadi empat belas jenis maksud tersendiri. hanya saya sebagai komponen yang mampu untuk memahami dan terus memahami. boleh!
Subscribe to:
Posts (Atom)