Wednesday, March 31, 2010

apa itu persepsi?

aku mula memikirkan soal persepsi... kelmarin baru sahaja bercakap dengan si emping jagung mengenai persepsi.. manusia mudah membuat satu kesimpulan dengan hanya berdasarkan persepsi yang negatif... ada dua sahaja persepsi... samada ia positif atau negatif... manusia memilih negatif kerana ia jalan singkat untuk menghasilkan satu kesimpulan.. maka, lebih mudah dan tidak buang masa... kalau memilih persepsi positif, kau memerlukan masa yang lama untuk kau simpulkan pandangan kau terhadap sesuatu perkara atau manusia lain... nampak bagai mudah, tapi sebenarnya susah...

tahu tak, kita dilahirkan dengan penuh ketidaksempurnaan... kita akan pilih jalan mudah di dalam hidup kerana kita bagai yakin kita sudah mencapai apa itu kesempurnaan... cuba merendahkan diri dalam setiap pandangan kau terhadap manusia lain kerana ia adalah satu kelengkapan untuk kau menjadi lebih sempurna.... aku hanya risau, sampai bila sesetengah manusia akan masih amalkan sifat memberi persepsi negatif pada manusia lain sedangkan mereka tidak tahu apa jalan kehidupan mereka sendiri pada masa akan datang?? cubalah untuk berfikir kerana ia mampu memberi efek yang kuat berbanding kau cuba untuk membuat kesimpulan yang tidak baik sahaja pada manusia di sekitar kau... cuba kadangkala tidak mengapa!

...............mudah...............



Siapa: Mungkin mereka.
Bila: Kejap, beri masa untuk saya berfikir.
Mengapa: Tidak pasti.


No comments: