Monday, April 23, 2012

menyusun susunan

saya mungkin keliru pada keadaan atau mungkin keadaan yang keliru telah bermain kasar dengan saya sejak kebelakangan ini. kurang yakin dengan kenyataan sebegini sebenarnya. tapi saya hanya panjatkan kebaikan dalam setiap kekeliruan yang hadir. andai mereka tidak hadir sekalipun, saya masih percaya pada beberapa kebaikan.

manusia tidak akan hampir pada kekesalan selagi mereka masih di tahap stabil di mana tiada kecelaruan fikiran, tiada kekeliruan perasaan, tiada kegagalan setiap perbuatan, tiada keresahan pada deria rasa yang disediakan. maka, manusia akan menjadi selesa. mungkin terlebih selesa. saya rasa kewujudan sesuatu ujian adalah memang bersifat realistik. susunan ujian dari tuhan tidak sama susunan jawapan ujian di dewan peperiksaan sekolah. hayati!

saya rasa sudah lapan belas tahun tidak layari internet menggunakan sebuah komputer riba. perkara ini kedengaran biasa. atau luar biasa. tak pasti. mungkin saya terlalu mendengar berita yang biasa sahaja sejak akhir-akhir ini. mungkin. apa komponen terbaik untuk memungkinkan sesuatu kemungkinan sebenarnya? yakin. serius tidak bermain!

pengiraan mungkin tidak terlalu tepat namun huruf E yang dipilih sentiasa kuat. sekadarmenegas!