Friday, October 19, 2012

siulan dunia

saya sudah tidak pandai mengarang di sini. ya, sekatan masa. saya terlalu kesibukan sampaikan nisbah fikiran untuk perkara serius lebih banyak berbanding perkara sia-sia. nampak kematangan semakin menguasai saya? mungkin!

manusia hidup bersandarkan konsep berdikari dan ganjaran. setiap perlaksanaan harian harus berdikari dan membawa beberapa ganjaran. seperti sembahyang dan mengingati tuhan. selagi tidak berdikari menunaikan solat dan segala kewajipan, kau tidak akan kecapi ganjaran. mengapa harus berdikari? kerana mahukan ganjaran.

bekerja dari pagi hingga malam demi ganjaran. mendapat gaji. menimba ilmu. menambah pengalaman bekerja. berdikari mencari rezeki demi beberapa ganjaran yang mahu dikecapi. tidak mengharap sumber lain untuk memberi gaji dengan percuma atau memberi pengalaman bekerja tanpa usaha. mengapa semua harus dilaksanakan dengan sendiri? kerana mahukan ganjaran.

apa sahaja tugasan dan perkara yang dilakukan pasti akan wujud konsep berdikari dan ganjaran. aku harus belajar dengan bagus untuk mendapat anugerah dekan. aku harus masuk pertandingan lumba kereta untuk mendapat hadiah empat juta. aku perlu kawal pemakanan untuk memiliki perut yang cantik. jika bukan diri sendiri yang berdikari melaksanakan semua tugasan dan perkara, mungkin ganjaran itu tidak akan terhasil. nampak!

andai mahukan sebuah perubahan, cuba tambah konsep berdikari dalam diri. selagi aku tidak bertindak sendiri, tiada perubahan akan terjadi. senang!

sebetulnya, saya adalah perahsia yang baik. saya tidak mudah berkongsi. saya kerap mengkaji rahsia dengan teliti. saya bukan pencanang kisah peribadi yang baik. maka, saya mudah marahkan sekeliling yang suka berkongsi. suka mencanang sana sini. suka pamerkan keperibadian bagaikan harga diri sebungkus maggie. saya rasa ini tidak releven. ada beberapa ketika, mungkin ramai membenci saya. saya tidak ambil peduli. tidak kisah bagaimana sekalipun, simpanlah beberapa cerita dari tontonan dunia. bukan rugi apa.



kelebihan Kemensah bukan sekadar nama.


Sunday, July 1, 2012

lama sudah ditulis tapi hari ini baru post

saya sedar lebih satu bulan saya lupakan blog ini. saya lebih fokus pada blog yang lain. saya rasa saya kesuntukan masa. itu sahaja alasan yang sedia ada.if you are one of stalker on my bukanbukan or even lepaspandang, congratulation! nothing. but you are only about to waste your time on my crappy updates. doesn't matter, if you sincerely view them both and intentionally read them as "i do love Ain's world because she's kind of rare, or hot, or maybe she's my friend and i have a right to see her life". apabila alasan untuk melihat dua buah blog yang disebutkan ini dijelaskan dengan terperinci, mungkin saya tidak ambil kisah. saya rela dengan hati yang terbuka. mungkin! i've talked to my mom about how patience is just a good belief to be put on life fate. i've tried to not to mislead the meanings. i've listed all the examples as same as what i've been through in my very own life. tuhan hanya beri nikmat dan dugaan berdasarkan pada kelayakan dan kemampuan seseorang untuk menerima. honestly, i'm quite good in persuading myself on every difficulty that lean against on my shoulder. i could hold them all without a piece of regret. saya bersyukur pada kekuatan yang tuhan berikan pada saya. saya memang jenis cekal. jagung often said, "you have a good passion in everything you do". kalaupun saya dalam frasa hidup yang sukar, saya tetap sabar dan hadapi life dengan hensemnya.

Monday, June 18, 2012

betul ini post yang sangat lama saya simpan

jika saya diberi soalan yang sama sebanyak empat belas kali sekalipun tidak mengapa andai soalan berkenaan berkonsepkan kepercayaan saya pada tuhan. saya akan yakin untuk menjawab, bersungguh untuk berfikir, juga bertanggungjawab pada setiap perkataan yang cuba saya jelaskan.

tahu apa peranan manusia? untuk sentiasa memelihara dan menjaga kewibawaan diri pada sebarang keadaan di dunia.

Monday, May 21, 2012

lelap sekejap jangan terlalu lama

selalunya saya letakkan pelajaran sebagai sasaran utama. saya tidak perlu desakan. saya boleh terajui segala bentuk proses pembelajaran dengan sukarela. tidak terpaksa. cuma setiap jalan untuk sejumlah pelajaran saya memang berbeza. tidak sama dengan alam sekitar. mungkin sedikit hambar. tapi saya sabar. bekal rasa sedar. tak mengapa!

peristiwa terjadi kerana sebab dan alasan. bukan sengaja. bukan tidak perlu tinggal kesan. namun mentaliti manusia tetap dalam frasa pra-matang. kurang bertolak-ansur dengan fikiran. mudah bergendang. tidak ambil kisah pada bayangan. tinggalkan semua sebab tanpa sebarang alasan. mungkin kita kejam pada diri. mungkin kita tidak sedar apa jenis kesan yang menanti. nampak!

budi bicara selalunya senjata utama. harap sahaja perkara nice di akhir cerita.

Monday, April 23, 2012

menyusun susunan

saya mungkin keliru pada keadaan atau mungkin keadaan yang keliru telah bermain kasar dengan saya sejak kebelakangan ini. kurang yakin dengan kenyataan sebegini sebenarnya. tapi saya hanya panjatkan kebaikan dalam setiap kekeliruan yang hadir. andai mereka tidak hadir sekalipun, saya masih percaya pada beberapa kebaikan.

manusia tidak akan hampir pada kekesalan selagi mereka masih di tahap stabil di mana tiada kecelaruan fikiran, tiada kekeliruan perasaan, tiada kegagalan setiap perbuatan, tiada keresahan pada deria rasa yang disediakan. maka, manusia akan menjadi selesa. mungkin terlebih selesa. saya rasa kewujudan sesuatu ujian adalah memang bersifat realistik. susunan ujian dari tuhan tidak sama susunan jawapan ujian di dewan peperiksaan sekolah. hayati!

saya rasa sudah lapan belas tahun tidak layari internet menggunakan sebuah komputer riba. perkara ini kedengaran biasa. atau luar biasa. tak pasti. mungkin saya terlalu mendengar berita yang biasa sahaja sejak akhir-akhir ini. mungkin. apa komponen terbaik untuk memungkinkan sesuatu kemungkinan sebenarnya? yakin. serius tidak bermain!

pengiraan mungkin tidak terlalu tepat namun huruf E yang dipilih sentiasa kuat. sekadarmenegas!

Thursday, March 22, 2012

berhampiran

apa sindrom pada perbualan? kuasa untuk menyusun suara tanpa fikirkan bilakah untuk membuat pemberhentian seketika demi satu saat bagi tempoh pernafasan. ini sindrom yang aku sendiri akui dan lalui. aku kerap bercakap tanpa henti. aku suka pada perbualan yang membawa kepada sindrom seperti yang aku cuba jelaskan di sini. aku jarang untuk merancang perbualan. susunan suara selalunya terjadi dengan sendiri. ini kelebihan aku untuk membuat pendengar akan tersenyum sekurang-kurangnya walaupun pada permulaan mereka tiada tunjuk minat pun terhadap perbualan yang aku cuba bualkan. emak pernah kata sifat bercakap aku seperti abah. kurang pasti. semulajadi!

andai aku diberi kesempatan, benda paling mahu dicapai adalah perkahwinan. andai tiada kesempatan, benda paling mahu disempatkan adalah sejumlah pelajaran. andai disediakan kelapangan, benda paling mahu dilakukan adalah mencipta lampu. andai tiada sedikit kelapangan, benda paling aku mahu lapangkan adalah dada yang sempit dengan pelbagai rasa dan kepala yang sendat dengan masalah dunia. nampak tak betapa perkataan andai itu begitu berharga. letak sahaja di setiap keinginan, semua perkara boleh dipegang sekelip mata. aku rasa sesiapa yang mencipta perkataan 'andai' memang jenis bercita-cita tinggi dan berwawasan. tak pasti. mungkin. bolehjadi!



apa kegemaran semasa?
penduduk Kemensah.




Saturday, March 10, 2012

akal di bawah meja

saya telah melaksanakan konsep biasa. bersama lah kita berjinak pada konsep biasa. tidak beria. tidak ambil peduli sangat apa yang luar biasa di luar sana. kebiasaannya saya pencipta segala konsep tidak biasa. tapi secara perlahan-lahan saya hampiri perkara biasa kerana mahukan konsep yang memang biasa sahaja agar dapat terbiasa secara semula jadi tanpa beria-ia. okay, dalam ayat sebegini rupa, saya taruhkan kebiasaan itu agar menjadi empat belas jenis maksud tersendiri. hanya saya sebagai komponen yang mampu untuk memahami dan terus memahami. boleh!

Monday, March 5, 2012

ulasan dan utusan

ketiadaan pergerakan pantas dalam proses penulisan sejak kebelakangan ini. tiada masalah yang serius sebenarnya. tapi saya rasa hidup saya tiada catatan berunsur ghairah lagi seperti dahulu. maka, ia perkara paling rugi dalam hidup sebetulnya. i don't reveal too much but it's enough to be such an entertainment in next five years from now. saying that as a part of thing to be entertained with. saya tiada kekeliruan dalam segenap perasaan yang dianugerahkan oleh tuhan. saya hanya minta jangan ada perasaan keliru atau ragu-ragu. memadai buat saat ini!

there's a system that has been used in order to consolidate any of reactions towards fate. sometimes it's nice. or in other way, it's just great. yes, great. again, great. we actually did the initial learning from starting point of first walking. yet the vision still unclear and very unclean to potray the actual fine path which is subsequently make us keenly feel stupid devastation on thinking. that's a thing that such a big risk to deal with. but life is a gift. having gifted life is none of comparison. maka mengapa masih pada tahap perbandingan sedangkan kehidupan dari tuhan tiada tolok bandingan. penegasan!

saya tidak harap apa tapi sekadar untuk memiliki encikOsman dalam ruang jiwa saya sekurang-kurangnya.

Sunday, January 29, 2012

sekali lagi

most people who never saw me for a number of months or maybe years(to be precise) will give a very cliche expression. they tend to say, "rambut kau dah panjang" or "kau dah macam perempuan okay sebab rambut dah panjang" or "aku macam dah tak kenal kau lagi sebab rambut dah panjang" or "gila lah rambut dah panjang" or "kau dah tak pengkid lagi ain sebab rambut dah panjang takde dah rambut pendek macam dulu lagi". those expressions will make me smile. i have no answer for every 'rambut-panjang' statement. i just wonder does my face look frigging different as compared to before. ya, sekadar wonder. cuma statement macam pengkid memang mempamerkan betapa aku kelihatan cukup pengkid di mata manusia sekeliling pada satu masa dahulu. tak mengapa, saya memang jenis okay.

i have a big problem with myself. i have a bunch of 'pending' stories. yes, they so called bunches. sampai satu tahap, aku kurang prihatin pada sesuatu yang bersifat 'pending'. aku terlalu meletakkan kewujudan perasaan biasa-biasa di dalam sesuatu situasi. i will only change my serious mode whenever it comes to the so-lack-of-time-for-pending-situation. we revise on thing that seems ridiculous to be looked since we suppose to serve a good shield from we ridiculously being looked.

jangan beri peluang pada penonton untuk melihat perincian cerita. biar pamerkan segala yang baik sebagai cerita utama. letak kedewasaan dalam minda sebelum menggerakkan hati betindak bodoh dan terus bercerita pada semua penonton di luar sana. emak cakap kata-kata saya cukup kurang ajar apabila kesabaran saya sudah capai tahap maksima. ia boleh diterima pakai apabila kisah takkan selama ini hanya perasaan tuan hamba sahaja harus dijaga. bagaimana sekalian manusia di sekeliling tuan hamba. saya rasa saya dah boleh mengarang cerita panglima melaka. tiba-tiba!




cuba : periksa diri
sebelum : tukar gear
untuk: bertindak


Monday, January 16, 2012

kelemahan pada kekuatan







saya rindukan gambajer. saya rasa kegemaran saya semakin lemah. saya harus kuatkan jiwa dan raga sepertimana ketika gambar ini bagai di NewYork. memang tiada kena-mengena!



Friday, January 6, 2012

setidak-tidaknya

ini entri pertama di tahun dua ribu dua belas. masa adalah perkara paling susah nak dijaga. saya kurang pasti bagaimana ada pekerjaan yang dipanggil 'penjaga masa'. mungkin ini kes yang berlainan. tapi saya tetap kurang yakin dengan pekerjaan berkenaan sedangkan masa bukan perkara yang boleh dijaga dengan sebelah mata. tidak kisah, apa pun saya telah hasilkan lagu 'harga masa' untuk adik tak kandung saya. heh!


simpati bukan perkara mainan. andai saya mula rasa simpati, bermakna saya dalam situasi yang serius. dalam keadaan di mana saya sedang memegang satu perasaan yang bersifat tidak ambil peduli apa sahaja berlaku di sekeliling kaki. saya bukan pembuat resepi kelainan tetapi mungkin saya tidak selalunya menggunakan resepi yang sama. saya suka pada perbezaan untuk semua deria rasa yang digunakan. fikiran saya bukan medan kebosanan. itu pasti!


rata-rata penulisan ramai yang salahkan pada tempoh tahunan bagi tahun dua ribu sebelas. saya kurang pasti. tapi ini yang saya terlihat. saya tiada masa untuk baca simpanan peribadi manusia lain kerana rutin saya dalam saiz yang besar. diringkaskan, saya tiada masa nak baca blog orang lain. kalau saya terlihat, maka ia memang insiden 'ter'. tidak disengajakan. tidak terniat untuk melihat. sekadarbagitahu!


rancangan yang berhasil adalah kerana elemen komunikasi telah diletakkan dalam perancangan berkenaan. rancangan hidup di tangan tuhan. tanggungan hidup di tangan manusia yang bernafas. mengapa tidak letakkan elemen komunikasi kepada tuhan sedangkan kau mahu sesuatu yang berhasil di setiap rancangan hidup yang telah direncanakan. fikirlah!