Friday, December 9, 2011

persoalan

ada beberapa soalan perlu dijawab dengan tenang di mana ia berdasarkan pada tahap pengulangkajian yang telah diambil. walaubagaimanapun, mungkin tiada ulangkaji juga sudah mampu untuk menjawab soalan ciptaan sendiri berikut dengan rasa tenang tanpa was-was. saya harap saya mempunyai semangat waja yang nice-nice sahaja.


apa yang boleh digambarkan pada istilah harian?
sedikit kepenatan dan sebanyak kesyukuran.


bagaimana cara terbaik untuk hadapi istilah berkenaan?
meletakkan kecekalan pada hati.


andai diberi pilihan pada hati, apa lagi yang mahu diletakkan?
Kemensah



Sunday, December 4, 2011

setidak-tidaknya

i'm looking for any piece of passion on this. i mean the improper style of writing to be put in this blog. indeed i've took my bukanbukan as an easy way of spreading out some words. juga i don't so called always in checking out the viewers. easy and simple!

last day which is supposedly to be called 'days' was the seven three zero moment of being stick. i might seem refuse to use a word of together. he often asks me "why you love to make thing that can't make sense in others' eyes?". before answering the question he'll continue with "never mind, you are doing great in making me completely being loved". that's how i manage everything in my life. i just put the closest persons of mine to be understood on every of my saying. seriously, don't be so called open in everything you do. letting stranger to get know your real story is none of cool. saya ada capai tahap keterbukaan saya. tapi masih berpada-pada. siapa anda hanya sebagai pembaca yang tidak mengenali saya untuk mengambil tahu perihal hidup saya dengan cara yang mudah. it makes me really wonder why people do tweet on thing that suppose not to be tweeted. ia perkara tidak masuk akal!

saya alami trauma pada pengejaran masa. saya mengejar masa bagai berlari di larian sukaneka sekolah. ia di mana kesungguhan untuk memenangi hadiah telah saya letakkan di perkarangan bilik saya sendiri. saya harap pengurusan masa saya stabil. pekerjaan saya begitu sibuk. it's fun. the field of my work can be categorized as mencabar-sungguh-sungguh! tapi tak mengapa, saya suka dan saya okay.




setiap: masa
rasa: bagai
mahu: dewasa


Thursday, November 3, 2011

pengukuhan alasan

mengulangi percakapan yang sama tidak lah begitu seronok bagai mahu sambung pelajaran di luar negara. kemampuan untuk bercakap mungkin akan sampai tahap klimaks. oleh yang demikian, mungkin putus asa itu akan terhasil.

manusia hanya akan mendengar kata-kata dari pihak yang mereka hormati sahaja. bermaksud, hanya beberapa pihak sahaja akan miliki kuasa untuk disegani dan dihormati. benar!

jangan mudah rasa lega. sebenarnya persamaan memang ada sifat yang tiada beza.




apa: gelagat
siapa: peminjam
maka: biar lah


Tuesday, November 1, 2011

perihal

there are few words that really stay in a very reluctance of situation. sebenarnya saya ada menulis beberapa kali di sini tapi akhirnya saya padam. ada juga akhirnya saya simpan di draft. showing that i'm quite poor in consistency. i've lack of being remained in my very certain things. tidak kisah lah. tapi hari ini saya post juga entri ini.

tahu tak November adalah bulan kegemaran saya. i just listened to the two-years-back-song. to be exact, the almost-two-years-back-song. there is a reason of placing the word of 'almost'. it just remembering back how well of myself to be clearly seen what bliss is all about. mungkin bulan yang lain kurang menunjukkan kuasa ghairah masing-masing. mungkinlah!

it took a number of months for me to have a very big talk with my brother like what we used to do before. nampak tak komitmen hidup bermain dengan peranan terhadap kesekatan masa apabila segala rutin yang lama hanya menjadi sampingan sahaja. kami dah lama tak borak bersama. we used to be in bookstore quite long hours like kami tiada rumah tetap yang terletak di bandaraya anggerik. that was the moment that i seemed ignorant in everyone's eyes. ok itu sahaja!



perkara utama : memegang risiko
perkara sampingan : kekuatan untuk memegang
oleh yang demikian : pemilihan tangan yang kuat


Wednesday, October 19, 2011

rasa rugi

apabila aku menyampaikan entri dengan menggunakan feeling yang lebih-lebih. boleh? hahaha.. sebenarnya aku tak pandai buat lagu menggunakan lirik bahasa melayu. sangat susah. tapi hari ini aku berjaya. lagu yang bunyinya memang macam bodoh. lirik pun ikut suka hati sendiri. langsung tidak pandang kanan atau kiri. andai tidak dapat dengar, sila klik sini. atau right click link tu kemudian save as. wah siap boleh download pelbagai. haha.. .




Rasa rugi

Bila masa rasa bukan perkara biasa
Tak jelas tapi tetap diminta
Bila masa ini bukan landasan hidupmu
Sedangkan kau boleh lepak duduk minum macam bodoh
Satu ilusi bermula dengan rasa dan akhirnya jadi terasa gila
Bukan benar tapi sebagai medan untuk kau letak rasa itu di bawah meja
Oh bangang nya!

Bila pula ada konsistensi dalam rasa
Bukankah hanya kelam entah apa-apa
Bila pula ada konsep baru dalam hidup
Padahal kau memang dah sedar sikap itu yang rosakkan segalanya
Manusia mudah rasa tiada apa dan mula iri gila pada yang dapatnya
Bukan usaha yang dirancangnya tapi sekadar melihat tanpa buat apa
Oh ruginya!


Tuesday, October 11, 2011

penamparan







tolong tampar saya lima kali. saya hilang fokus sedangkan cabaran menanti saya selang tujuh hari dari sekarang. itu sahaja!





Tuesday, October 4, 2011

sesekali

pernah rasa geli terhadap penulisan sendiri? pernah. kerapkali. kadang-kadang bila saya jarang ke sini, kemudian bila sekali je ke sini, mesti terbaca balik beberapa penulisan saya sendiri secara tidak langsung. sumpah macam gampang. tapi untuk nampak macam cool, saya akan pura-pura macam matang. saya akan bangga dengan setiap post yang saya sampaikan. walaupun sembilan puluh lima peratus dari kefahaman hanya di tangan saya. yang tinggal cuma lima peratus untuk awak-awak yang membaca. saya rasa cukup selesa. bila tengok ada sorang dua orang baru follow blog saya ni, saya tak tahu kenapa awak-awak follow saya. padahal penulisan saya semua macam bodoh. susah nak faham. saya sahaja yang faham. (eh tak, rozanna pun faham. saya tak tahu kenapa dia senang faham maksud-maksud tersirat saya). setiap post saya tiada ruang untuk komen. memang awak-awak sekadar membaca. tak boleh bertanya apa-apa. mungkin ini bukan ruang untuk bertanya. mungkin ini ruang bacaan. mungkin saya bukan concierge seperti di pasaraya. cuba wujudkan kemungkinan. mudah!

pernah tak lupa berapa banyak blog yang kau pernah ada? pernah. selalu. sampai sekarang. kadangkala bila aku dapat trace balik blog bodoh-bodoh yang dulu-dulu aku pernah tulis, memang aku mampu untuk menangis. kagum dengan kebolehan diri untuk membuat penulisan yang sangat macam gampang. saya tiada pengaruh yang kuat dalam penulisan mahupun apa sahaja yang saya lakukan kerana saya bukan ratu cantik. saya hanya perempuan biasa-biasa. pakai selipar jepun kaler hijau je pergi bukit bintang. tak buat muka gadis korea pun kalau tangkap gambar. yang saya ada hanya empingjagung di dalam beg saya yang berharga dua puluh lima ringgit. nampak!

Thursday, September 15, 2011

sekadarcerita

memang ambil masa kan nak tulis di sini. sebenarnya saya tiada alasan yang berlainan. semua bersifat cliche. maka, tidak perlu nyatakan alasan yang bersifat bagai tidak nyata dan jelas.

terdapat dua jenis situasi yang akan berlaku di dalam dunia. samada ia terjadi secara langsung atau tidak langsung. samada situasi berkenaan nice atau tidak nice. terpulang pada takdir tuhan untuk menyusun setiap situasi berkenaan.

pernah tak kau tidak mahu ambil tahu beberapa kisah tapi kau secara tidak langsung telah ambil tahu beberapa kisah tersebut. tahu tak ia bagai fuck. kalau boleh nak culik empingjagung bawak lari pergi Moscow. senang cerita!

saya akan hadapi peperiksaan 'keselamatan' dalam kurang dari empat puluh hari dari sekarang. dan saya cuba hasilkan tindakan seawal mungkin. itu sahaja harapan yang boleh saya letakkan pada diri sendiri.

dalam masa yang sama, saya mengalami demam yang tidak sekata. saya hanya bekerja dua hari dalam minggu ini. mungkin tahniah untuk saya. mungkin juga tidak. sampai satu tahap, kau akan masih harap pada Sophia. betul tak tipu.

Thursday, August 25, 2011

beri sedikit ruang untuk kebaikan

i will try my best to read online news thru my handphone though I ought to do my job at so called my workplace. benar, saya mencuri wifi di tempat kerja. kerana saya nak berkomunikasi dengan dunia luar termasuk membaca news terbaru setiap hari. walaupun tidak semua news dapat dibacakan dalam satu masa, tapi hari ini saya rasa nak tulis di sini. ia penting. demi hidup saya pada lima tahun akan datang di mana saya sudah berumah tangga dan anak-anak dalam dakapan saya. nampak tak anganan saya sentiasa setinggi KLCC. tak mengapa. saya punya suka.

when I've read one of topic on one of so random online newspaper, that was the time that I just realized about how Ramadhan is really moving. Tiba-tiba sahaja bulan Ramadhan sudah di penghujung. Saya terbaca mengenai malam lailatulqadar. Saya hanya ingin menulis di sini sebagai tatapan saya untuk di masa akan datang. Agar saya tidak lupa Tuhan. Agar saya menjadi perempuan yang mendengar khabar baik-baik sahaja nanti. Agar saya menjadi manusia yang sayangkan masa sebaik-baiknya.

Dalam erti kata lain, sebenarnya kekuatan hati bergantung harap pada ketahanan fikiran. Jangan fikir terlalu jauh. Cukup sekadar mengambil satu langkah dari apa yang ada di depan mata. Sudah cukup untuk memiliki hati yang kuat!

Tuesday, August 23, 2011

tiada gurauan dalam tanggungjawab

setiap manusia yang masih bernafas akan hadapi beberapa tanggungjawab. ia sesuatu yang perlu ditanggung samada kerelaan atau keadaan yang memaksa. dalam situasi di mana ada hanya tinggal beberapa tempoh masa yang sangat sedikit, manusia akan lalui beberapa jalan pintas untuk lakukan tanggungan yang wajib. aku pernah berbisik pada diri, sedar tak betapa ramai manusia yang masih boleh bernafas sedangkan tanggungjawab mereka di tahap yang sangat maksimum. maka, tidak kisah jalan pintas atau lebuhraya sekalipun, kewibawaan itu perlu benar-benar wujud!

hari kelmarin saya mendapat khabar dari seorang cikgu saya. "bagaimana semua perkara? bila mereka akan panggil?". saya berasa lega dengan khabar begini. sekurang-kurangnya ada golongan yang masih ambil berat mengenai saya.

Monday, August 22, 2011

as long as

one of my ex-classmate messaged me out of sudden and asked "ain, please help me, how to find this and this and this.. i don't know how to get the information for this subject lah"...she's my very ex-classmate. saying that i just left my all classes due to the 'internship' matter. but still she put her trust in me about her study. i feel glad of having this kind of sincere friend whereas being honest in letting me as a person to refer to whenever she's lack of understanding in every subject. she used to asked me a lot while i was in classes. i love to teach. i love to make people understand in the simplest way as what i did. hence, when i received her text just now, yes i miss all of my study moments. being hell stress in doing assignments. merasa kepuasan menjawab peperiksaan tanpa tidur yang cukup. kadangkala aku memang tak tidur satu hari untuk peperiksaan. heh!

but still there are four papers to go for 'safety' thingy instead. i have unprofessional skills regarding to those hell 'safety' thingy. all of my supports are really with encikOsman. he's the only one who encouraged me about all these. tapi siapa lah saya untuk encikOsman ada perasaan mahu ambil tahu. saya tidak kisah. memang jenis perangai saya kuat semangat dan hati jantan. saya memang degil. semakin orang tidak percayakan saya, semakin saya bertindak agresif. saya percaya saya mampu buktikan tahap kemampuan saya.

andai kata kisah Sophia itu menjadi kenyataan, besertakan 'safety' thingy yang akan diambil mendapat kelulusan, saya akan menjadi isteri secepat mungkin. betul!



pertanyaan juga memberi bantuan




apa perasaan?
gementar.

selain daripada itu?
sangat gementar.

andai diberi pilihan?
saya mahu dipeluk tanpa lepas.

oleh?
empingjagung.



Tuesday, August 16, 2011

penelitian kelompok

susah benar aku nak update sini. banyak lagi tempat lain yang aku lebih selesa. lebih dari selesa di mana soal keselamatan tu yang saya titikberatkan. setiap hari saya hadapi situasi yang slightly same but i just set to my mind whereas i-love-the-same-situation-in-my-everyday. it's none of sick. cuba steady pada keadaan diri. itu sahaja yang saya ada.

saya pernah lihat ada beberapa kelompok manusia di mana pergaulan mereka tidak ke mana. tiada kemajuan. mereka setia pada kelompok berkenaan. saya kerap jumpa kelompok begini di sekolah. dan ada juga kelompok di mana perbualan mereka tidak beri kesenangan untuk dibualkan. secara jujur, aku kurang memiliki kesenangan terhadap kelompok-kelompok perempuan. mereka suka umpatan. tidak kemana. tiada kemajuan. mereka setia pada kelompok berkenaan.

i am too fussy in everything. i'll begin and end up something dengan kecelaruan untuk berfikir ke arah sempurna. sampai satu tahap, aku tak kisah lagi pada kesempurnaan. aku hanya harap aku dapat keluar dari sesuatu kondisi yang memaksa. tempoh ketetapan pemikiran manusia akan bertahan dalam satu jam yang pertama. apabila ada segelintir pengaruh mula main peranan, tempoh pemikiran akan hilang selepas satu jam yang pertama. nampak tak bagaimana tuhan ciptakan manusia untuk berfikir menggunakan pengaruh-pengaruh yang waras sahaja.

dalam dunia hanya ada dua jenis perempuan. samada beliau bangsat atau tidak bangsat. untuk menjadikan kebangsatan tu sebagai ejen untuk pengaruhi diri bukan lah susah. berkawan lah dengan kelompok yang tidak maju di atas.

i often type words without stopping since i will vent words using both right and left brain of mine. sometimes my writings are hard to be understood. that's how i interpret setiap keping pemikiran saya. jangan cuba untuk faham!

Thursday, July 21, 2011

kepentingan spouse

agak hambar untuk menerangkan sesuatu yang kurang terang. maka, aku selalu ambil inisiatif yang agak mengelirukan. menjadi seorang perempuan sama seperti mencari topup hot ticket sekitar shah alam. sangat susah. aku cuba pratikkan kebiasaan terhadap perkara-perkara yang bakal aku hadapi dalam beberapa bulan lagi. sesuatu yang kurang pasti itu memang bukan perkara kegemaran. selagi empingjagung di sisi, aku akan memiliki segala kepastian dalam diri. senyum!

trying is not a pleasure. do not make a try. keep on mind how the real action can beat any sort of trial in life. the relaxation is always yours. that is it. aku kalau memberi motivasi memang tidak pernah keliru. cuma untuk absorb setiap motivasi tu yang menjadi big doubt yang tidak terkira. apa kata ambil sedikit ruang. tidak perlu banyak. dan berfikir sekejap tentang segala jenis percubaan yang pernah diambil.

rindunya pada Kemensah!

Wednesday, July 20, 2011

mengambil masa

if i were young, i mean if i was five years back, i hope to hold thing without glancing at others' appearance. mereka sudah mendapat. tapi situasi kau masih dalam perjalanan. baik, andai berjalan tanpa mengharap pun jalan yang mampu menjalankan setiap perjalanan hidup, manusia akan hilang harapan sepanjang tempoh perjalanan berkenaan.

sometimes i hate facebook instead of twitter. that is cheap reason of being blamed by self defense. but whatever it takes (ok giggle if remember back how popcorn taught me this words anyways.), both are such an importunate things that not hesitate to be in daily life. rasa macam bodoh sangat wujudnya perasaan macam ni. aku menjadi cemburu pada life abangah. he only has flickr in his entire life for social network purpose selain dari email. itu pun encouraged by myself when i talked to him, "you should have flickr since you own nice snap works". then he ended up with the-only-flickr-account. pernah tak rasa bagaimana agaknya life orang-orang seperti ini. sebenarnya jauh lebih sempurna dari orang yang suka ada macam-macam account ni. simpati!

it tends to be pressure whenever you accidentally see or view others' own family. ok itu memang part paling tekanan. you know, it's age matter. how dare you fight the life path that you currently at. it doesn't make sense when you change apa itu takdir. maka, hanya buat pertukaran pada situasi dan bukan pada takdir. contohnya, menukar situasi menjadi lebih matang instead of menukar takdir bahawa kau bukan seorang yang matang tapi kau cuba menjadi matang dalam paksaan. comparison is none of difficulty. cuba yakin dan kuat semangat!

keperluan menjadi plastik

ada beberapa simptom yang bodoh dalam dunia facebook.

1. apabila rakan sekolah lama dulu-dulu yang tak pernah tegur kau pun masa di sekolah tapi tiba-tiba mahu add.

2. apabila saudara mara yang kurang rapat tiba-tiba menjadi baik dengan kau pasal dia tak sangka kau sangat menawan.

3. apabila terdapat ramai mutual friends, maka terus add kau sebab mahu jadi cool berkawan dengan kau tanpa sebab.

4. apabila keluarga dan rakan-rakan bekas kekasih kau macam orang gila mahu add kerana mahu jadi stalker yang bodoh.

5. perkara di atas akan menjadi bertambah bodoh sekiranya kau pernah kena delete dalam facebook aku, lepas tu kau cuba add aku sekali lagi. memang kau tak berakal!



Thursday, July 14, 2011

missing the begin



1.memang agak kaut apabila dalam selang beberapa jam membuat dua entri.

2.juga agak kurang kaut andai dulu membaca tanpa disuruh. tapi sekarang sampai dipaksa-paksa.

3.itu la dunia.



perempuan paling rangup dalam dunia

i just tried to see all of my writings in 'mosaic' view just now. it was noticing me the lack of images for every post. i'd prefer to write words alone without a piece of picture in my very previous posts. nothing about it and really nothing about picture below. ia adalah insiden tiba-tiba di mana hari ini terpanggil untuk tengok gambar-gambar di dalam hardisk dan juga insiden tiba-tiba bila aku tengok macam-macam jenis rambut aku dah pernah buat. dan gambar ini membuatkan aku teringat bahawa potongan rambut yang paling aku rasa awesome dan hensem. memang paling awesome. tapi empingjagung tak suka. katanya lebih cantik bertudung. ok sampai part tu aku cuba tukar topik perbualan. heeeeee...



kenapa perut kelihatan ramping masa ni? jeles ok!


Wednesday, July 13, 2011

pandai juga berfikir

aku tak tahu mana pergi nafsu aku pada bajusemalam. dulu, ini sahaja satu-satunya blog yang aku ada. aku tulis sorang pun takde yang baca. betapa mudahnya menghandle dunia yang asing. kadangkala ada beberapa perkara manusia perlu hidup dengan menjaga keperibadian. menjaga apa itu yang dipanggil peribadi diri. andai kata esok bukan hari terbaik untuk bertanyakan "apa situasi dan kondisi yang sedang anda alami?". mungkin masih sempat untuk bertanya pada dua hari yang akan datang.

aku selalu assume sesuatu dengan keburukan fikiran. kadangkala aku meletakkan pedoman dari pelbagai aspek yang difikirkan. kadangkala ada suatu masa perasaan kehilangan jati diri atau kehilangan diri sendiri memang antara perkara yang bukan mudah nak handle. aku cuba singkapkan kembali apa yang terhasil dari dua puluh empat tahun yang lepas. apa sahaja kebaikan dan pahala yang kau sudah hasilkan? berapa sempatkah kau membayar hutang dosa terhadap tuhan?


gambar ini tiada nilai kecantikan. dan ia bukan antara gambar kegemaran aku sekalipun. sekadar bermuhasabah diri dan bertanya, "mengapa aku sedang terjal ketika gambar ini ditangkap". ketika ini lah tidur aku tidak menentu. masa aku banyak habis pada perkara bodoh. lihat rambut sahaja dah boleh tahu bagaimana aku handle rutin hidup aku. hanya kenal rumah untuk tidur dan mandi. kadangkala hanya untuk mandi. dan selebihnya entah di mana menghilang.


sementara nyawa ini masih diberi pinjam, berhentilah pada 'bukit jangan' secepat mungkin ainbijak!

Monday, June 13, 2011

sedar dan ingat

i've sent the latest ones to beliau..aku tak harapkan apa pun..cukup sekadar tersedar dari mimpi kau..kau hidup senang macam mana pun, takkan jumpa kebahagiaan andai tanggungjawab yang perlu ditanggung masih tidak dijawab..

why need to hold thing though the reason of that holding is extremely unknown?
Published with Blogger-droid v1.7.0

Sunday, June 5, 2011

tugasan

aku cuba pratikkan rasa yang ikhlas dalam melakukan tugas. ini kerana setiap tugasan akan berjumpa juga pengakhiran pada satu masa nanti. cuma kita tidak tahu bila pula satu masa akhir itu akan sampai.



sama seperti kau study, ini adalah tugasan yang akan berakhir apabila selesainya menjawab peperiksaan di sekolah. andai kau bekerja, tugasan ini akan berakhir juga nanti apabila kau sudah tua tidak mampu lagi untuk bekerja.



cuma isu nya kita tidak tahu bila agak akan berakhirnya tugasan yang sedang dilakukan. jangan terlalu mencari pengakhiran. lakukan tugasan dengan ikhlas. itu sahaja kunci menjadi hamba di sisi tuhan. percayalah!


Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 2, 2011

perception of rare

pernah tak kadangkala ada tempoh tertentu kau ada mood menjadi-jadi terhadap perkara yang rare. kau tak sedar pun bagaimana rare nya rasa rare tu apabila perkara rare tu datang dengan tiba-tiba.



i have a belief that whenever i begin to see those rare(s), i think they are fated to be seen. i hope they are undoubtedly fucking rare. pray!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, May 22, 2011

cikgu kalau malas

while preparing myself to get started the serious study, tiba-tiba aku teringat nama subject berkenaan adalah production system management. dengar je nama subject dah macam ghairah pasal semuanya mengenai production and planning and so on. aku memang dah fall in love with those industrial study scopes. every single thing gives a good passion in learning. aku ada dua lecturer untuk subject ni. dan satu lecturer memang always in my favorite list. I love to learn any subject from her. she's good in teaching. tapi lagi satu lecturer memang rasa nak tampar lapan kali. ok about that so-tak-suka-nya-lecturer tu, my classmates and I have been asked to do the random presentation about each chapter of the subject. maybe akan rasa "hey itu tugasan kot kau kena la buat untuk jaga carry mark".. tapi I personally said, "kau memang pemalas kan cikgu, sebab tu kau suruh kitorang buat presentation untuk setiap chapter sebab kau malas nak ajar kan, kau tak payah nak tipu kitorang ok".... aku bukan nak marah tapi aku memang rasa nak marah.. haha.. aku harap satu hari andai aku dah bosan dengan semua jenis kerjaya dan akhirnya aku menjadi lecturer, aku harap aku tidak malas macam beliau. aku harap nanti takde pelajar yang mengumpat pasal aku kat blog macam mana aku tengah buat sekarang ni. mintak maaf cikgu!

Friday, May 20, 2011

tanya-tanya

aku tak pasti ada tak manusia cari aku kat sini sepanjang aku hilang beberapa hari. memang takde. sebab memang semua tempat aku dah start nak sepi-sepi. aku mencari dua jawapan untuk dua soalan yang berkaitan. heh!



mengapa Kemensah tak terletak di belakang rumah sahaja?

mengapa ada peperiksaan time hati nak sangat pergi Kemensah?



nampak tak macam mana Kemensah tu main peranan yang tinggi dalam diri aku. kalau boleh saya nak letak Kemensah dalam poket. mudah untuk dicium lima kali andai rindu melebihi lima jam. boleh?

Saturday, May 7, 2011

satu pagi bulan Mei

When there is no droid link at the bottom line of this post, means you are having much time to do stupid thing here and there and there using this odd lappy which is you are actually NOT. I've supposed to create one long essay for some important purposes which are none of emotional matters instead. All are facts. You have to write this and this and this, then they're done. Easy kan! But seriously you can do nothing on the forcible works. Hence, I took for granted with this fool reason so that I might seem I-will-be-okay-after-few-minutes-later. What the heck!

All and all, it's a May. Ok May. Again, May. It shows how year really counts itself to reach its end point damn quickly. Esok lusa dah birthday aku August. Then you are getting older than today. Bla...Bla...Bla...(jgn sebut hal umur)...I hope that I have no reason to count every month patiently but still whenever you've been pushed to see the life fortune, it will be the time that you are really afraid of being so-serious-person.. Every single thing will be differently assumed in our eyes. We afraid of being serious. We worry on "how can I handle all these though?". We aren't prepared to feel the seriousness in life. We still hope folk could help us when we were wrong. Siapa kata life tidak berapa nak thrill. Umur kau je tak sampai lagi tahap untuk rasa thrill berkenaan.

You feel extremely complete while satisfying others. Indeed!

Thursday, May 5, 2011

cuba realize

When it comes to the end, we apparently stop every single thing for the sake of completing what we are doing. But while reaching to that the end, we use the realization in order to measure the benefit of doing those things. At somehow, we have no idea to live until we found what we called so peace. kan?



I have questioned that, "why am I still continously do things that will end up without bless?"


Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, April 25, 2011

petang!

pernah tak kau cuba telan beberapa perkara yang kau memang tak berapa willing nak buat kerana ia bukan tugas dan tanggungjawab kau. takde siapa dalam dunia ni yg suka nak selesaikan tanggungjawab orang lain. tapi dalam sesetengah situasi, nak taknak kau kena juga buat sebab kau sahaja yang boleh diharapkan. baik, situasi aku sekarang ni memang aku tak berapa nak willing. aku cuba juga telan bahawa mungkin mak amanahkan aku untuk tolong dia sepanjang dia di sana. tapi andai tanggungjawab aku pula terabai, bagaimana? padahal aku ada tanggungjawab untuk study menghadapi peperiksaan. tapi aku kena jadi suri rumah sepenuh masa. serius, aku sedang cuba untuk telan!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 24, 2011

emping jagung!

aku takkan jadi beria kalau sesuatu perkara tu bukan hal yang serius. jadi aku cuba untuk beria nak study kerana ia hal yang serius. tapi masih tak berapa nak mampu pasal semangat aku tertinggal di negara lain. kisah tertinggal tu juga hal yang serius. kerana itu terjadinya Fourteenth Days pasal aku serius terhadap perkara berkenaan. tapi bagaimana pula andai menjadi serius pada perkara yang beria-ia. nampak tak aku memang sengaja nak pening tulis pusing balik ayat-ayat ni semua. haha..

walau bagaimanapun, harap si emping akan selamat dan pulang dengan sempurna.

Sunday, April 17, 2011

susah kan

hari ini aku salah sangka pada hari. dengan tiada motif yg kukuh,aku tak tahu kenapa aku ingat hari ini adalah hari Isnin. aku bangun tidur kelam kabut takut terlepas kelas pukul sembilan. rasa nak tampar hari Ahad kan?



kenapa kau susah sangat nak didik dengan kasih sayang instead of providing hell money for me!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, April 16, 2011

bekalan

dengan berbekalkan sehelai baju, segalanya sangat possible untuk berlaku atau dilakukan. contoh nya bekalan rindu aku hanya pada baju. maka sangat possible untuk aku bertahan sehingga dua belas hari. rindu itu nikmat!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, April 13, 2011

sekejap

perkara sekejap tu memang tak berapa nak seronok. apa akan aku hadapi walaupun empingjagung ke negara lain dalam masa yang sekejap.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 7, 2011

sungguh sungguh

kenapa suara penyampai berita mesti bunyi serius. lepas tu mesti macam bagus tahu semua berita padahal dia baca je kat screen. sama juga konsep kenapa mesti jadi serius pada perkara yang kau tak berapa nak tahu tapi pada hakikatnya kau sengaja macam bagus konon tahu semua benda. tujuan kau serius macam bagus tahu tu sebab nak dapat kepercayaan orang. sebab tu kalau nak kerja interview sana sini, mesti dok fikir bagaimana nak macam bagus dan lebih bersuara serius untuk dapat kepercayaan si interviewer. kau ingat berlakon jadi serius tu senang ke?

i frequently and repeatedly think of thing-that-supposed-not-to-think. banyak sangat bunyi tink tink di sini. i hope to not depend to the recommendation. because i avoid to see opportunity without the real value of competency. you might say, "hey i can help you because i have the best way for you".. but i might confuse with certain situations when my promises are always in changes. world serious, the good deed. i have to pay for it. till when i have to change my perception again and again in sake of "man, i hate you a lot but i don't know how the good way to express even a fraction of it"... nampak, kekeliruan menjadi orang yang banyak berfikir. pada sampai satu tahap, aku akan jadi positif apabila aku mula buang setiap fikiran tu jauh-jauh. kerana apa pun jadi, you are still my very own blood.

what will i be in two months ahead? diam!


Thursday, March 31, 2011

manusia manusia

apabila blog kau senyap dan semua tempat kau senyap, maka kau sebenarnya bukan berubah menjadi orang yang senyap. kau selalu nak rasa life yang real. tapi kau susah nak diterima oleh banyak pihak. konsep penerimaan tu memang susah nak berubah untuk ke arah yang lebih positif. aku tak tahu mana arah setiap pencarian di dalam hidup melainkan untuk akhirat. baik, ini satu perkara positif. aku memang rasa ia berubah dengan perlahan-lahan.

dalam satu bulan sahaja, pelbagai episod yang aku lihat. tahu tak mengapa manusia suka pada episod. andai tiada episod, penceritaan hidup kau akan bosan dan tak sampai tahap klimaks untuk berfikir menggunakan akal. aku tak tahu kenapa manusia tak boleh hidup tanpa rakan-rakan. setiap rakan akan hasilkan konflik. itu memang lumrah. kerana itu bersederhana dalam setiap perkara. jangan terlalu lebih. ia boleh hasilkan konflik. aku memang susah nak ada rakan yang terlalu rapat dalam satu kumpulan yang besar kerana aku takut dengan konflik. aku mempunyai ramai istilah rakan tapi untuk menjadi yang terlalu rapat hanya beberapa orang sahaja. mudah aku nak handle. kan?

perasaan hormat aku terhadap seseorang semakin hilang. aku tak tahu kenapa tapi aku cuba untuk tidak benci. setiap doa aku akan harap kau kesal dan kembali.

dalam tempoh satu bulan juga, aku mampu control banyak perkara. aku harap ia akan kekal dengan misi yang baik. ada beberapa lagu yang dibuat. antara mereka memang cukup merapu. pernah tak kau selalu boleh hidup tanpa bayang-bayang dunia. maksudnya kau selalu boleh handle sendiri tanpa harap pertolongan. dalam sesetengah perkara, tuhan uji kau dengan kesabaran. dan Dia tahu tahap kebolehan kau untuk diuji.

setiap hari rindukan emping jagung!



Thursday, March 3, 2011

buat tak reti

time paling buat aku kuat berangan adalah ketika memandu. aku selalu perasan macam-macam. apa jadi tiba-tiba abah follow kereta aku pergi sekolah dan tengok aku drive macam hantu ke tak. apa jadi kalau tiba-tiba Johnny Depp tahan kereta aku tepi jalan pastu belanja aku makan TGI kat the curve. gila seronok. pastu aku gelak sorang-sorang macam bangang. time memandu juga aku akan plan macam-macam untuk hidup aku. aku nak beli benda itu dan ini bila dapat je duit nanti. aku nak tanggal braces juga nanti hujung tahun ni. time memandu gak aku akan perasan aku manusia serba boleh. aku suka motivasikan diri dengan perasan. aku mula realize yang aku komited pada tugasan. aku hanya lemah dalam soal perasaan. jadi tak kisah apa pun jadi, tugasan aku mesti diakhiri dengan hasil yang cukup membanggakan. aku hanya harap aku akan jumpa juga Johnny Depp esok hari di tepi jalan sebab aku dah lama sangat tak makan TGI.. Lengkap!

Wednesday, March 2, 2011

standing still

with twenty five bucks in your pocket, where would be the good place to go? i've answered this using my very small talk to the encik V. i always use my favorite parties to talk with whenever i am sick of penny matter. last night when i watched one drama, i had no idea to remember abah. i miss him badly.

hari ini sahaja, sentiasa ada orang yang sama buat aku naik angin. kenapa tak boleh nak handle masa sendiri sedangkan aku juga terkejar-kejar mengenai masa kerana urusan hidup aku sendiri. tapi aku cuba handle agar tak ganggu persediaan peperiksaan aku. kau memang suka buat aku hilang sabar.

i hope someday emak could be able to personally speak to me and said, "i want to see you smile without some hidden complaints in your heart". but still, she is a good mother instead.

life might be terrible if i started to talk to my kapok in my every night!



Tuesday, March 1, 2011

haishhh...

memang aku marah lah kan kalau aku dah sediakan rangka kerja pun, semua benda pun masih nak harap aku gak yang siapkan kerja. serious bodoh. baik jangan belajar degree. baik kau belajar sampai darjah enam je. tak tahu kenapa tapi memang aku sangat emosi sekarang ni. keliling manusia buat bangsat. harap dapat enam juta secepat mungkin. cukup!

Monday, February 28, 2011

sikit

how come if you begin your new week with some stupid circumstances. Hell Good! or in short, aku benci sangat bila ada perkara bodoh time nak exam. kerja sekolah tak reti nak habis sedangkan ulangkaji masih tidak bermula. lepas tu camera kau yang disayangi bagai mahu rosak. then your home internet still in pending to be transferred.

i hope that i could throughout my examination with hell cool with no more stupid matters. ok hope. maka, berdoa dan bersembahyang dengan rajin!

Saturday, February 26, 2011

apa itu sabar

I'm glad to see my surrounding friends that bring such a cute tummy along wherever they go with their own spouse. Seriously, my enviousness towards them is freaking increase. I have no idea to have fear on age matter. Sometimes God creates the fate to every person with different reasons. We ought to follow the track that we are currently at. I don't belong any place since I don't reach any part that seems like oh-indeed-I-am-in-own-life-track. I just hope someday I could be able to have own family with no regret. Smile in my every morning hour. Happy in my every night hour. Breeding children with good way. Spending life with person that so called hubby. You know that the best part to think is all about future. I don't bet so much but enough to say I-want-to-get-married-and-start-serious-working. Glad to have dream either. This could make sense that brain is pretty well functioned. Great! I've spent my young life with many things that sometimes let me feel couldn't bear to rewind back the fraction of it. Life without stupid thing is ain't great juga kadangkala. Percaya pada takdir. Semua di tangan Tuhan. Wait until it comes at your very life door. Till then you know how the happiness is really yours. Sabar!

Thursday, February 24, 2011

perkara sangat









aku sangat hilang penat mengenai seminar. aku dah boleh mula study pasal peperiksaan akhir di sekolah. buat masa ni, aku hanya mahu imjan. sangat!







Tuesday, February 22, 2011

setiap

Aku susah nak assume hari semalam lagi seronok dari hari ini. Ok salah statement ni. Aku memang susah nak assume satu keseronokan pada hari berikutnya berbanding semalam. Dan aku banyak urusan yang tergolong dalam kemestian aku. Sampai satu masa, kau mesti buat ini, kau mesti buat itu. Sampai satu masa, kau mesti menjadi manusia sebab kau dah janji dengan tuhan yang kau akan jadi manusia yang baik dari segi fizikal dan mental. Pernah tak kadangkala kau susah nak kawal mental kau sebab urusan kemestian kau macam tak reti nak berhenti. Sebenarnya urusan hidup itu lah cabaran menjadi manusia. Kau dah janji nak jadi manusia sejak dalam perut mak, kenapa sekarang kau mengeluh sana sini untuk menguruskan kemestian kau. Kenapa sekarang ni kau tak pandai fikir baik buruk dalam setiap kata-kata yang sangat bisa untuk si pendengar. Mungkin istilah silap itu harus datang sekali sahaja dan bukan diulangi sehingga menjadi kegemaran untuk membuat silap.

Apa perasaan andai aku-mahu-peluk-imjan-dengan-perasaan-rindu-tidak-terhingga!

Monday, February 21, 2011

berhenti

Pernah tak apabila apa cara sekalipun, kau jadi buruan. Kau jadi tempat buruan untuk segala jenis rasa. Pernah juga kadangkala kau selalu susah nak describe sesuatu rasa. Sebab manusia memang suka hidup dengan kesukaran. Hidup yang senang tak berapa nak mencabar. Aku hanya harap aku akan tenang dengan segala jenis buruan pun di sekeliling aku. Aku tak kisah apa pun buruan yang datang, aku tetap akan cool.

Aku tak tahu kenapa tapi bulan ni serious banyak sangat nak pakai duit.

Wednesday, February 16, 2011

cuba jadi real

Kadang-kadang ada sampai tahap, tuhan bagi kau perasaan rindu. Sekarang ni aku rindu dengan pelbagai aspek dalam hidup aku. Sebab utama kau rindu pasal kau memang suka perkara yang kau rindu tu. Aku dah mula rindu pada gambajer. Aku rindu pada suasana yang tidak sesak dan tidak sibuk. Sebab sekarang ni aku sangat kekurangan masa pada perkara main-main. Urusan hidup aku lebih ke arah serius. Abah kata aku dah semakin dewasa untuk dibawa berbincang. Tapi ada juga sesetengah perkara, aku tak cukup dewasa untuk handle beberapa aspek yang sangat bodoh dalam hidup aku. Contohnya, kau hilang wallet yang berisikan lima ratus ringgit di saat-saat kau memang hidup dengan berjimat-cermat. Perkara yang tertangguh bukan perkara yang boleh kau praktikkan dalam hidup kau. Aku belajar erti menguruskan masa dengan tepat agar istilah terlewat takkan buat aku rasa bangang. Juga bagus andai kau semakin tidak lewat ke sekolah. Tahniah!

Life entertainment comes from own direction. I believe that blast would be gained whenever I know how further I've entertained myself within some limitations.

Wednesday, February 9, 2011

hard disk!


I
haven't
eat
any
main
dishes
since
my
very
morning
hour.

I haven't gotten the signal of finishing point at all.

I
woke
up
early.

I showered early.

I
didn't
see
bliss
either.


such a beautiful night!

when you started to learn how to entertain yourself instead of settling the stupid problems. good job!

tomorrow might be the last day of being this such a good long hair.. i don't believe that i could stand to have this quite longer hair compared to before for a long period of time.

every works that i need to do might be stupid in your eyes but in sake of God, the depression given much worst than works i currently have. ok!

saya suka mengejar cita-cita.. dan cita-cita saya menjadi seorang plastik!

apa perasaan sekarang ni? tenang. sangat tenang.



Friday, February 4, 2011

huh!







I just hope someday when I die, still some persons will keep thinking about my good deed. I mean at least even though now I seem nothing to their eyes. Thanks.







Wednesday, February 2, 2011

berlagak dan fakta

aku rajin mengarang. itu memang pujian untuk menampakkan diri sendiri macam bagus. berkaliber. boleh bawa ke tengah dan ke tepi dalam mengarang. ok jadi apa masalah aku andai aku susah sangat nak siapkan rumusan untuk dua belas journal. aku tak ada masalah yang besar pun sebenarnya. hanya aku tak berapa suka nak mengarang satu rumusan berdasarkan karangan orang lain. aku jenis berlagak sebab tak nak guna idea mereka untuk aku mengarang. aku suka ikut suka aku nak tulis apa pun. aku tak suka pada fakta. sebab itu aku tak pernah suka subjek sejarah masa sekolah menengah dulu-dulu.

maka, sebab itu juga fakta adalah bukan perkara main-main. sekali kau salah fakta, akan bagi efek yang besar kat banyak pihak. dan untuk kerja rumusan aku yang masih dalam progress ni siapa yang akan dapat efek besar andai aku pesongkan fakta-fakta yang terdapat dalam journal? mesti lah cikgu aku. dan aku tak berapa nak yakin yang dia akan baca setiap dua belas journal tu untuk pastikan aku membuat rumusan dengan betul tanpa terdapat sedikit pun kepesongan fakta. dengan berbekalkan keyakinan aku yang tak berapa nak ada terhadap cikgu aku, aku masih tak tahu kenapa aku sangat jujur membuat semua rumusan dengan fakta-fakta yang baik. aku tak tahu mana pergi konsep aku yang asalnya aku dulu tak pernah suka terhadap fakta. senangnya manusia mengubah prinsip hidup masing-masing dalam keadaan tak sedar.

aku tak tahu kenapa ada juga perempuan jenis berlagak terhadap aku iaitu terhadap manusia dan bukannya terhadap fakta. mungkin mereka rasa mereka cukup kaya berbanding aku. speaking speakang sana sini untuk menampakkan kemodenan hidup berbanding aku. mungkin tak cukup class bergaul dengan aku yang tidak kaya tidak menggunakan bahasa inggeris dua puluh empat jam setiap hari. tidak kisah bagaimana sekalipun, kau masih ponggong melayu. jangan rasa diri terlalu di atas setiap masa.

Saturday, January 29, 2011

aku nak Mc'd sekarang ni

menyampah gila kalau ada manusia yang terlampau suka pada short form. mengada-ngada. bahasa melayu tu cantik kot. kalau nak jimat tulis sms, itu lain cerita.

telefon bimbit aku dah nazak sangat. dah macam walkie talkie.

aku memang tengah tunggu payment. kalau boleh tolong lah payment tu dalam bulan februari pasal banyak benda yang perlu guna duit sepanjang bulan berkenaan.

penulisan semuanya datang dari emosi. kalau macam tu, orang paling beremosi dalam dunia adalah pengarang buku. haha..

aku tak tahu kenapa tapi aku memang rimas betul tengok golongan remaja kalau update status di facebook. rasa nak hentak je muka masing-masing kat dinding.

Wednesday, January 26, 2011

make it clean

How the recent days could help you in hunting the life needs using your well enough skills? Sometimes I can't be able to answer each part of question that repeatedly come in my brain. Sometimes I wonder if I still possible to use this brain to think. That's the worst part that suppose to consolidate with the junk stuff in my bedroom. I don't take too much consideration towards unworthy matters. So, I'll try to eliminate the stupid thoughts by putting them under my very own soles. Easy!

I have many things to be done. Honestly, I'm facing the limitation of time so badly. I speak too much whenever I'm out of right to complete those things in proper way. So I try to avoid to be that such a speakable person as I could. Maybe that's the better way in eliminating my stupid uncool feeling either.

People really love to say but sometimes they never knew what's the impaction of being love to say. I never blame my life fate. But even with the nicer communications never lead me to keep staying in this insisted track for the long-term period. In a simple words, just look at your ownership prior to the communication is began. Because the ear I have might be so vary. By assuming people are really same is a thing that sort of witless.

Living in the same world barely promise the same attitude for each person. That's it!

Monday, January 24, 2011

rasa kagum

aku memang tiada alasan yang kukuh nak menerangkan mengapa aku gemar tangkap gambar meter kereta sendiri. aku hanya kagum andai nombor mileage tu menjadi nombor kegemaran aku. 70007. juga oil bar menunjukkan bagai tangki minyak kereta berada pada takat kosong gila. serius kagum!



rindu abah!

Friday, January 14, 2011

satu minggu

the very first post for the very new year that so called dua ribu sebelas.. memang aku tak banyak masa dengan perkara yang kurang munasabah.. contohnya bermain-main untuk menjadi-jadi seperti persekitaran yang terhampir... i'm still in exam phase.. how many exams that should be done for entirely done the study phase.. itu perkara yang sangat curiga...

i'm out of idea to have patiently wait for tomorrow... hanya rindu pada si emping jagung dengan banyak sekali sementara menunggu peperiksaan tamat dengan sempurna hendaknya...

i ought to change the CPU... it's a big disaster whenever you have to pray to god please-let-the-pc-in-good-condition-so-that-i-could-conduct-every-single-thing-peacefully-without-taking-five-years-to-complete-my-own-interest-task.. ok.. that's it...

wondering i am liable to see encik osman.