Thursday, March 22, 2012

berhampiran

apa sindrom pada perbualan? kuasa untuk menyusun suara tanpa fikirkan bilakah untuk membuat pemberhentian seketika demi satu saat bagi tempoh pernafasan. ini sindrom yang aku sendiri akui dan lalui. aku kerap bercakap tanpa henti. aku suka pada perbualan yang membawa kepada sindrom seperti yang aku cuba jelaskan di sini. aku jarang untuk merancang perbualan. susunan suara selalunya terjadi dengan sendiri. ini kelebihan aku untuk membuat pendengar akan tersenyum sekurang-kurangnya walaupun pada permulaan mereka tiada tunjuk minat pun terhadap perbualan yang aku cuba bualkan. emak pernah kata sifat bercakap aku seperti abah. kurang pasti. semulajadi!

andai aku diberi kesempatan, benda paling mahu dicapai adalah perkahwinan. andai tiada kesempatan, benda paling mahu disempatkan adalah sejumlah pelajaran. andai disediakan kelapangan, benda paling mahu dilakukan adalah mencipta lampu. andai tiada sedikit kelapangan, benda paling aku mahu lapangkan adalah dada yang sempit dengan pelbagai rasa dan kepala yang sendat dengan masalah dunia. nampak tak betapa perkataan andai itu begitu berharga. letak sahaja di setiap keinginan, semua perkara boleh dipegang sekelip mata. aku rasa sesiapa yang mencipta perkataan 'andai' memang jenis bercita-cita tinggi dan berwawasan. tak pasti. mungkin. bolehjadi!



apa kegemaran semasa?
penduduk Kemensah.




No comments: