Friday, October 19, 2012

siulan dunia

saya sudah tidak pandai mengarang di sini. ya, sekatan masa. saya terlalu kesibukan sampaikan nisbah fikiran untuk perkara serius lebih banyak berbanding perkara sia-sia. nampak kematangan semakin menguasai saya? mungkin!

manusia hidup bersandarkan konsep berdikari dan ganjaran. setiap perlaksanaan harian harus berdikari dan membawa beberapa ganjaran. seperti sembahyang dan mengingati tuhan. selagi tidak berdikari menunaikan solat dan segala kewajipan, kau tidak akan kecapi ganjaran. mengapa harus berdikari? kerana mahukan ganjaran.

bekerja dari pagi hingga malam demi ganjaran. mendapat gaji. menimba ilmu. menambah pengalaman bekerja. berdikari mencari rezeki demi beberapa ganjaran yang mahu dikecapi. tidak mengharap sumber lain untuk memberi gaji dengan percuma atau memberi pengalaman bekerja tanpa usaha. mengapa semua harus dilaksanakan dengan sendiri? kerana mahukan ganjaran.

apa sahaja tugasan dan perkara yang dilakukan pasti akan wujud konsep berdikari dan ganjaran. aku harus belajar dengan bagus untuk mendapat anugerah dekan. aku harus masuk pertandingan lumba kereta untuk mendapat hadiah empat juta. aku perlu kawal pemakanan untuk memiliki perut yang cantik. jika bukan diri sendiri yang berdikari melaksanakan semua tugasan dan perkara, mungkin ganjaran itu tidak akan terhasil. nampak!

andai mahukan sebuah perubahan, cuba tambah konsep berdikari dalam diri. selagi aku tidak bertindak sendiri, tiada perubahan akan terjadi. senang!

sebetulnya, saya adalah perahsia yang baik. saya tidak mudah berkongsi. saya kerap mengkaji rahsia dengan teliti. saya bukan pencanang kisah peribadi yang baik. maka, saya mudah marahkan sekeliling yang suka berkongsi. suka mencanang sana sini. suka pamerkan keperibadian bagaikan harga diri sebungkus maggie. saya rasa ini tidak releven. ada beberapa ketika, mungkin ramai membenci saya. saya tidak ambil peduli. tidak kisah bagaimana sekalipun, simpanlah beberapa cerita dari tontonan dunia. bukan rugi apa.



kelebihan Kemensah bukan sekadar nama.