Wednesday, July 13, 2011

pandai juga berfikir

aku tak tahu mana pergi nafsu aku pada bajusemalam. dulu, ini sahaja satu-satunya blog yang aku ada. aku tulis sorang pun takde yang baca. betapa mudahnya menghandle dunia yang asing. kadangkala ada beberapa perkara manusia perlu hidup dengan menjaga keperibadian. menjaga apa itu yang dipanggil peribadi diri. andai kata esok bukan hari terbaik untuk bertanyakan "apa situasi dan kondisi yang sedang anda alami?". mungkin masih sempat untuk bertanya pada dua hari yang akan datang.

aku selalu assume sesuatu dengan keburukan fikiran. kadangkala aku meletakkan pedoman dari pelbagai aspek yang difikirkan. kadangkala ada suatu masa perasaan kehilangan jati diri atau kehilangan diri sendiri memang antara perkara yang bukan mudah nak handle. aku cuba singkapkan kembali apa yang terhasil dari dua puluh empat tahun yang lepas. apa sahaja kebaikan dan pahala yang kau sudah hasilkan? berapa sempatkah kau membayar hutang dosa terhadap tuhan?


gambar ini tiada nilai kecantikan. dan ia bukan antara gambar kegemaran aku sekalipun. sekadar bermuhasabah diri dan bertanya, "mengapa aku sedang terjal ketika gambar ini ditangkap". ketika ini lah tidur aku tidak menentu. masa aku banyak habis pada perkara bodoh. lihat rambut sahaja dah boleh tahu bagaimana aku handle rutin hidup aku. hanya kenal rumah untuk tidur dan mandi. kadangkala hanya untuk mandi. dan selebihnya entah di mana menghilang.


sementara nyawa ini masih diberi pinjam, berhentilah pada 'bukit jangan' secepat mungkin ainbijak!

No comments: